Thinking about...

Wednesday, December 31, 2008

i choose to be evil!?

al-kisahnye,ade seorang penjahat yang amat2 lah jahat,xpernah kena tangkap....suatu hari dia kena tangkap(jgn tny aku kenapa,bagaimane and so on),masuk penjara ntah kat mane2...mase dalam penjara ttibe terdetik dalam hati 
(merah-si penjahat,hijau-si ustaz)

'Kenapa la aku jahat eh??'
'Tuhan dah jadikan aku cmni kut,ape leh wat'
'i was born evil,perhaps...hmmm!?dalam hati si penjahat tadi

setelah sekian lame lalu die dibebaskan kemudian die ingin mencari jawapan ketika die berada dalam penjara maka berhentilah dirinye di satu surau yg x dpt dikenal pasti lalu bertanye die kepada seorg ustaz...beginilah sesi temubual tersebut

'Yo,PakImam,den ade satu soalan ni'
'Apenye anak muda??'
'den ni jahat sbb den dilahirkan jahat ke sbb mmg den nak jd jahat'
'Sbb anakmude nak jd jahat'kate ustaz dgn coolnye..
'u choose to be evil'tambah ustaz tu lagi
'i choose to be evil???'soal penjahat tadi
'kenapa plak,bukan Tuhan yg nak jdkan den cmni ke??'
'dah berape tahun anak mude wat jahat'tanye ustaz
'sejak form 3 lagi,smpi la skung(47tahun)'
'sepanjang mase tu xpernah kena tgkp'tanye ustaz lg
'skali je,tu pun baru2 ni'
'Hah,tu bukti Tuhan x jdkan ankmude jht;ankmude jd jht mase f3,walhal klau ankmude jahat sejak dilahirkan mestila jahat sejak dari kecik lg kan...dan lihatlah betape lamenye Tuhan berikan mase utk ankmude insaf,kembali ke jalan yg benar..'jwb ustaz
'huk uh,btul gak tu'
'lagi satu,ankmude rase ankmude pernah wat baik x'tanye ustaz lagi
'x kut'
'cube pikir baik2'kate ustaz
'pernah kut,den tolong nenek tua ni angkat brg'
'hah!kan tu bukti Tuhan x jdkan ankmude jht'
'sepanjang mase ankmude jd jht sblumkena tgkp ade rase nak taubat'tny ustaz tu lgi
'x de,den rase'
'ooo,tu la sbb Tuhan beri ankmude kena tgkp,supaya insaf...beri peluang skali lg'jwb ustaz
'ade btul tu ustaz'
'trime kasih ye ustaz,barulah den sedar'
'anak mude perlu bersyukur kerana Allah telah memberi kesempatan utk ankmude berubah'
'alhamdulillah,terima kasih Ya,Allah!'

maka akhirnye,tersedarlah diri si penjahat itu lalu berubah lah dirinye menjadi insan yang berguna ke jalan Allah

konklusi nye...LU PIKIRLAH SENDIRI!?

(segala yg ditulis ini hanyalah rekaan semata-mata bertujuan untuk memberi pengajaran)



Tuesday, December 30, 2008

syukurlah

'Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
Surah al-Tin 95:4

kadang-kadang kite dgr manusia laen mengeluh atau bercerekarama akan nasib mereka yang tak menentu.
kadang-kadang kite sendiri berfikir akan nasib yang telah berlalu,kite bercerita kepada rakan2...lalu mereka pun berfikir akan nasib mereka!?
kadang-kadang aku termenung sejenak memikirkan hal ku di dunia ini,sesekali terfikir juga akan nsib org lain

berbalik kpd topik ku ini [life does not suck if you suck at it]!?...hmmm...!?

ape kejadahnye la mamat ni nak berceloteh!?-mungkin di dlm hatimu berkata-kate-

begini sebenarnye....

pernah x anda terdengar,org ckp dunia ni x adil...kenapa die kaye-aku miskin,kenape aku kena penyakit ni...blax3

KENAPA AKU/WHY ME!?

aku pun x tau kenape kamu...tetapi ade yang tahu iaitu yg Maha Esa,Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijakasana

Begini...

seorang yang buta di zaman ini tidak akan dapat melihat maksiat
seorang yang pekak di zaman ini tidak akan dapat mendengar fitnah,umpatan
seorang yang bisu di zaman ini tidak akan dapat menipu/sebar fitnah
seorang yang kudung di zaman ini tidak akan dapat mencuri/membuat maksiat

wallahualam
begitulah konsepnye...

sering kali kite dgr segala yang berlaku ade hikmahnye...memang betul tidak dapat dinafikan!?
kepada yang sangkal ni cube korang fikir betul2 secara mendalam
kalau sudah di takdirkan begitu,terima sahajalah sebagai ujian...jgnlah salahkan sesiapa
ini bukan salah sperm dan ovum yang disatukan dan melahirkan makhluk bergelar manusia


'Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada)sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?Dan kamu (menyangka pula)tidak akan dikembalikan kepada Kami?'
Surah al-Mu'minun 23:115

P/S bersyukurlah dengan nikmat yang sedia ada kerana ada orang lain yang sedang menderita lebih teruk!

Monday, December 22, 2008

frenz[blackedition]!?

This post is dedicated to the backstabbing-bastards we called friends!?
Have you ever been betrayed
I have, and this is my story
This is a story of betrayal
A story about trust
A story with no happy ending
There was a friend.A friend who I thought was a true friend
We shared secrets
Secrets,Secrets that should not be shared
We promise to keep those secrets to our graves
Yet promises can be broken by betrayal

No one sholud ever knew
But somehow they knew
hmm...how could this happen??
I don't know,maybe just maybe the so called friend told..
hmm...
That was my assumption
(logically by the mind but my heart just won't believe)

I became paranoid-afraid
So, I don't trust no one anymore
As trust can be a deception
Trust can be betrayal

My friend and I are still friends
I'm not telling you to stop believe, to stop trusting
But a little paranoia won't hurt you...(will it??)
haha...
So, be careful when trusting someone.
As betrayal is common in this world

(trust issue is still a problem to me)
Still the wound is starting to heal!?

'maafkanlah aku jika aku tersalah kata'



I thought that I could always count on you,
I thought that nothing could become between us two.
We said as long as we would stick together,
We’d be alright,
We’d be ok.
But I was stupid
And you broke me down
I’ll never be the same again.

I wonder why it always has to hurt,
For every blessing that you have to learn.
I won’t forget what you did to me,
How you showed me things,
I wish I’d never seen.
But I was stupid,
And you broke me down,
I’ll never be the same again.

When the tables turn again,
You’ll remember me my friend,
You’ll be wishing I was there for you.
I’ll be the one you’ll miss the most,
But you’ll only find my ghost.
As time goes by,
You’ll wonder why,
You’re all alone.

So thank you for showing me,
That best friends can not be trusted,
And thank you for lying to me,
Your friendship and good times we had you can have them back.

So thank you, for lying to me,
So thank you, for all the times you let me down
So thank you, for lying to me,
So thank you, your friendship you can have it back

-Simple Plan,Thank You-

Saturday, December 20, 2008

kuasa besar[dihina begitu saje]!?/wira baru dunia

sedang aku berada di kedai berdekatan dgn rumahku terlihat diri ini gambar dan tajuk yang agak menarik di muka depan surat khabar..
'BUSH DIBALING KASUT'...
muahaha..tersenyum sinis aku bagai org gila di depan kedai.
ku teliti lagi cerita tersebut...hmm...begitu mudah sekali,'pemimpin' sebuah 'negara yang diagung-agungkan' dunia dihina begitu sahaja...pelik tapi benar...mungkin inilah mase nye!?mungkin ini baru balasan yg sedikit di dunia ini!?

kepada yang x tau cerita ini,mari diriku ini berceloteh!?

Muntazer al-Zaidi,seorang wartawan telah membaling sepasang kasut ke arah so-called Presiden Bush sewaktu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik

Muntazer menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
(di Iraq membaling kasut kepada seseorang diangkap sebagai satu penghinaan yg besar-klau x silap)

kwangx3...muahaha
-sayang sekali kasut tersebut tidak kena sasaran.tapi kita boleh lihat 'pemimpin' USA tersebut cuak/takut....alahai,baru dgn kasut dah main nyorok2 kat belakang rostum...blum lagi akhirat nnt...taubatlah!?wahai hamba Allah-kembalilah ke jalan yg benar-

kerana itu Muntazer telah ditahan..disoal siasat...dan telah dibelasah...akan didakwa ke mahkamah atas tuduhan menghina pemimpin negara lain dan cubaan menyerang

dikatakn wartawan tersebut pernah diculik oleh anggota militan dan ditahan tentera Amerika Syarikat.Beliau diculik oleh anggota militan tahun lepas ketika bertugas di utara Baghdad, bagaimanapun dibebaskan tanpa diberi sebarang pampasan tiga hari kemudian, selepas stesen televisyen menyiarkan satu rayuan supaya dia dibebaskan.Keluarganya mengesyaki beliau diculik oleh kumpulan Al-Qaeda.Muntazer kemudiannya ditahan oleh tentera AS pada Januari lalu selepas menggeledah kediamannya.Beliau dibebaskan keesokan harinya.

"Dua pengalaman ini yang telah mengakibatkan Muntazer berdendam dengan kehadiran tentera AS di negara ini.

"Dia sangat membenci tindakan AS menceroboh Iraq," kata abangnya Dhirgham.

Insiden ini telah meraih pelbagai reaksi masyarakat global :

1.media KoreaUtara suka Bush dibaling kasut kerana die telah melabelkan negara itu sebagai satu paksi kejahatan-salah satu sebabbye-....hmm,siape sebenarnye yg jahat ni!?hanya Yang Maha Mengetahui saje tahu...

2.Pemimpin Latin persendakan Bush
"Tolonglah, jangan ada sesiapa yang menanggalkan kasut di sini."Dalam cuaca panas sebegini, kalau ada orang yang membuka kasut, kita akan tahu dengan serta-merta kerana baunya," kata Lula(Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva)sambil disambut gelak ketawa wartawan dan ahli politik.-...pengaruh kuasa besar sudah hampir lenyap???...(mayb)...hmmm...mane perginye pemimpin kita..pemimpin2 negara Islam,sudah hilangkah mereka!?atau mereka buat2 buta,membisu x terkata!?

3.hero baru muncul,Muntazer dianggap sebagai wira di dunia Arab,sehinggakan terdapat satu keluarga di Palestin ingin mengahwinkan anak perempuan mereka dgn Muntazer..huhu...-klau ade lg ramai org yg berani akan kebenaran lg bagus!?


-seorang rakyat biasa dapat menaikkan semangat org Islam serata dunia..walhal,dimanakah pemimpin negara Islam...tunduk dan patuh kepada agenda dan propaganda pihak tertentu demi kepentingan diri sahaja!?-hmmm...

"Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (penolong/pelindung) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali (mu)." [TMQ: Ali Imran (3) :28]

rujukan/sumber-Utusan,Metro,Malay Mail,Hizbut Tahrir

Tuesday, December 16, 2008

istimewa buat kaum Hawa!?


Sabda Rasulullah SAW
'Wanita-wanita yang berpakaian tetapi masih bertelanjang,mencenderungkan orang berpaling melihatnya,atau kepalanya berpaling kepada lelaki seperti kepala unta,mereka tidak akan masuk syurga,malah tidak mencium baunya'
(Riwayat Muslim)

Satu sesi temubual antara seorang wartawan dan seorang lelaki untuk menyoal perkara yg tersirat di hati!?

'Yang seksi tu nak?'tanya seorang wartawan sebuah majalah yang agak terkemuka kepada seorang pemuda yang kacak kat shopping complex
'Fuyoo...seksinye,klau dibuat awek ni,masyuk!?'kate pemuda tersebut
'Buat jadi bini x nak'tanye wartawan tu lagi
'Tak nak la...payah la nak di buat jadi isteri'jwb pemuda tersebut dengan spotan
'Awat-nye???'wartawan tu tanye
'Ye la,tu baru remaja lagi...dah pakai pakaian mencolok mata...buat laki menelan air liur...klau dah besar nnt cmne...kan dah susah...klau nanti bile aku kawin ngan die,mesti payah nak nasihatkan die supaya tutup aurat...nanti aku jugak tanggung dosa...takut aku'jwb pemuda td sambil usya orang lalu lalang
'Abis tu ko nak calon bini yg cmne??'tny wartawan tu dgn sungguh2
'Senang je tu....yg x seksi mcm minah tadi...yg tutp aurat'jwb pemuda itu dgn nada serius
Begitulah cite nye...
-Hakikatnye,tiada kaum Adam yang inginkan Hawa yang tidak tutup aurat,jika ada mereka itu hanya memikirkan dunia semata2-

Perbualan antara dua rakan yg mengambil berat terhadap rakan yg laen!?

'Kau nasihatkan lah die supaya pakai tudung'kate si Y
'Dah,aku dah nasihatkan,dah puas aku nasihatkan...'jwb si Q
'Habis tu,die still x nak pakai gak cmne'kate Y
'Ape leh wat,terserah kepada diri die la...kite x leh nak pakse..'jwb si Q
'Apsal x leh nak pakse'tanye si Y
'Sebab kalau kite pakse die pkai tudung x de maknenye nanti,ntah2 niat die salah...die pakai tudung sbb kite suruh..bukan krana perintah Allah!?'jwb Q
'Betul gak tu,abis tu??'balas si Y
'Kite leh nasihat kan die jelah...wat sekadar yg kite mampu. nak atau x nak,terserah kepada tuan punye diri...doakan die moga dapat hidayah dari yg Maha Esa'balas si Q balik
-Kite x leh pakse org utk tutup aurat...cume kite perlu usaha sekadar yg mampu jelah,tuan punye diri perlu tau erti sebenar ISLAM,lepas tu barulah boleh laksana perintah Allah ni secara sendirinye-

Yang ni crite lain plak!?

Pelumba McLaren(Lewis Hamilton)rupa-rupanye kuat cemburu dan tidak sanggup memikirkan begitu ramai lelaki lain yang khayal melihat liuk tubuh Nicole(PussyCatDolls)beraksi di pentas.
"Lewis beberapa kali mengatakan pakaian yang saya gunakan untuk persembahan sepatutnya hanya untuk tatapan matanya"kata Nicole
-dipetik dari Metro 14 Dis 2008-

Saudara bleh lihat di sini bahawa seorang kafir bleh memahami konsep hijab/menutup aurat.So,mmg jelas lah bahawa aurat itu perlu ditutup dan dijaga mengikut ISLAM.Jadi aurat kaum Hawa adalah untuk suaminya bukan untuk kawan laki...boyfriend...kekasih...tunang...tetapi untuk laki yang anda kahwin bergelar SUAMI.

'Kalau kamu nak pakai pakaian x cukup kain ni bleh je...tapi untuk tatapan suami kamu jela...jangan biar laki2 lain tgk aurat kamu!?'kate ustazah aku,lebih kurang la...aku x bape ingat...

Aku menulis hal ini kerana aku sayang kat kaum Hawa especially buat yg aku kenal...kalau terdedah aurat dan seorang laki tgk,maka berdosalah kedua-duanya!?Bagi mereka yang x tutup aurat cuba2 lah utk tutupnya...Buat kaum Adam pun jgn lupe utk tutup aurat!?
Marilah kita mencegah kemungkaran!?

Aku bukanlah manusia yang sempurna cuma ingin menasihati antara manusia!?Kita ini hamba Allah yang mudah lupa.Klau salah sila betulkan!?

INFORMATION ALERT!?

batasan aurat bagi perempuan
dihadapan mahram dan wanita Islam-antara pusat dengan
lutut.
dihadapan lelaki ajnabi,orang fasik dan kafir-semua anggota kecuali muka dan tapak tangan
bersama suami-tiada batasan.

batasan aurat bagi laki-laki

semua golongan-antara pusat dan lutut
bersama isteri-tiada batasan.


(Bace dan hayati Surah An-Nur ayat 31)

Thursday, December 11, 2008

buat mereka yang mencari....!?

kali ini diriku ingin menulis satu tribute buat mereka yang sentiasa mencari dan tak henti2 mencari apa yang kita panggil sebagai....!?hidayah...WATASHI RESPEK SAMA LU

ntah hari ape,ntah mengape mungkin akibat kebuhsanan,diriku ini usha2 la blog sahabat2 ku yg lain lalu terserempak ngan pantun 4 kerat yang berbunyi begini :

hati ini telah mati..
begitu juga dgn otaknya..
can someone help me..
mencari semula hidayah-Nya

hmm..'bagaimana aku nak tolong sahabat aku seorang ini'bermonolog aku dgn skemanya...

lalu...aku pun membalas pantunnye dgn pantun 2 kerat yg x bape mcm pantun :

manusia berlari kesana sini
iman sentiasa berada di hati

kadangkala bertambah berkali-kali
kadangkala berkurang tanpa disedari

hidayah itu perlu dicari
dun give up when searchin

ujian itu sentiasa menanti
utk menguji manusia di bumi

jgn kita lalai same sekali
syurga menanti,di akhirat pasti

insya-Allah
takbir!?

x brape lame kemudian sahabat aku balas kembali dgn pantun yg x bape rupe mcm pantun gak :

aku bukan super, aku bukan setar,
kalo digabungin, aku bukan superstar..

aku ingin terbang, terbang tinggi di awan,
hidayah di cari tapi dimana itu wahai kawan?

kalau terjumpa, segera ku genggam,
tapi akhirnya ia kembali kelam..

aku bukan ikhwan, bukan hisham hasan,
aku hanyalah paan yg takut kesesatan..

tapi kenyataan aku bukan siapa2,
aku hanya ingin diterima di syurga sana..

satu-dua-tiga-GO!,
hilang lagi hidayah-Nya bR0..

dimalam yg sesunyi ini,
aku menangis sendiri..
apakah yang dicari..
aku sendri pun tak pasti..

ku bukan munafiq, ku bukannya fasiq,
ku bukan saudagar yg punya banyak kapal..
ku bukan bangsawan, ku bukan hartawan,
ku hanyalah PAAN yg dahagakan kebenaran..

nama aku paan, aku bukan setan..
semua kesalahan, harapnya di ampunkan..

TAMMAT SUDEYH...

blum tammat lagi,lantas aku pun membalasnye seperti berikut :

Yea...mari berpantun!?

hidayah itu perlu dicari
di mana Ia tidaklah ku ketahui

wahai kawan tidakkah kau mengerti???
ini cuma sebahagiaan ujian yg diberi

kelak hidayah hilang
di mana perlu dicari???
itu hanya Tuhan mengerti
tugas kita cuma mencari
bingkas bangkit cari kembali

itu shj nasihat yg dpt ku beri
sekian saja buat masa kini
moga dpt kite berpantun lagi

sahabatku pun balas kembali :

hukeley, ni pehal pantun smpai 5 kerat nih?! bkn ade 2 ngn 4 je ker?ke aku yg xtaw KOMSAS?!hahaha..

reply:

kau temanku yg baik,
ape kau buat aku tabik,
diriku ini memang pelik,
hidayah-Nya itu mane nak petik?!

biarku usaha saja,
ku tak mahu hatiku terluka,
lebih baik ku cukupkan saja,
usaha mengejar hidayah-Nya..

Jangan kau slalu merasa,
paan ni org yg mulia,
d0sa dibuat tidak terkira,
merasa diriku cukup hina..

ku bukan malaikat,
ku bukannya setan,
ku bukannya hebat,
tuk lawan kejahatan..

aku paan, manusia biasa,
berbuat d0sa, setiap masa,
taubat dipinta di setiap sujudnya,
mencari kembali akan hidayah-Nya?!

terima kasih, hisham b hasan..
kau memang rakan, si ahmad farhan..
apakah erti nya persahabatan..
kalau di situ tiada keberkatan?!

hehehe..

maka habis lah sudeyh sesi berpantun utk mencari hidayah!?...

So,the konklusinye ialah kite perlu sentiasa cari hidayah Allah SWT,jgn putus asa...kalau dah jumpe kite genggam erat2...klau terlepas kembali,kite cari lagi skali hidayah itu...

aku bukan manusia yang sempurna cume ingin mengingati sesama manusia...kerana kite ini hamba yang mudah lupa dan sentiasa lalai!?

P/S -paan jgn marah...aku publish pantun ko ek!?

Tuesday, December 9, 2008

lihat.dengar.rasakan+fikirlah

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah al-Tin 95:4)

Allah SWT telah memberikan kita nikmat pancaindera sebagai kemudahan bagi hambaNya melaksanakan tugas iaitu beribadat kepada Allah Yang Esa

Kita telah dianugerahkan mata untuk melihat keindahan/keistimewaaan alam ini tapi ape yang kite buat...kite tgk maksiat...usha benda x elok-PORN-tgk aurat yang terdedah sane sini...

Kite telah diberi telinga uk mendengar khabar2 gembira..sebaliknye kite dgr penipuan,fitnah,gossip dan sbgainye

Kite telah dijadikan dengan mulut utk berzikir-memuji kebesaranNya...tp kita salahgunakannya utk kutuk org..fitnah+tipu

Kita dianugerahkan otak untuk berfikir dgn akal tapi kita enggan memikirkan keEsaan Allah...kite sibuk pikir hal dunia!?

Cukuplah mukadimah ini...diriku ini ingin berbicara ttg HATI!?...benda ini aku dgr di satu stesen radio yg x ku jangka2-maklumat/info telah ditokok tambah oleh diriku ini-

'Bagaimana anda lihat dunia ini,adakah anda lihat dunia ini seadanya..'
'Anda perlu lihatnya dgn menggunakan hati'
Macam mane???
Kita ambil contoh..ade seorg pemuda senyum-ikhlas!? kat seorg perempuan...tp perempuan tu dlm hati ckp 'eleh,nak tackle aku la tu..tau la aku cantik'...walhal pemuda tu xde niat pun...ini menunjukan hatinye x bape bersih bleh dikatekan busuk la...Kalau perempuan tu hati nye bersih,murni...dlm hati akan berkata'baiknye,pemuda tu senyum kat aku,sedekah'..mungkin dia akan senyum kembali kat pemuda tu

Contoh seterusnya....ade seorg lelaki,Mr.G-ade muke mcm penjenayah- tnye jalan kat seorg pemuda laen,Sir.B...dlm hati Sir.B,'mcm nak rompak aku je mamat ni'...kan dah busuk hati kite ni...mmg la kite perlu berhati2 kerana zaman ini dah x selamat..tp kalau hati kite baik,xde prejudis hati kite x akn berkate cmtu...

Next,seorang gadis berjalan dgn teman nmpk Mr.G ni...dlm hatinye berkate2,'laki ni mcm jahat je'kan dah jelas2 buruk hati si gadis ni

Pernah x hati anda mengalami perkara2 ini...Kalau Ya!...cubalah membersihkan hati dgn istighfar,zikir dan sebagainya...
Ye,x dinafikan syaitan juga mempengarui kite...tp jelaslah iman kite masih x kuat kalau kite masih sentiasa bersangkaan buruk...
Diharapkan kpd sesiapa yg membace dapat memahami...!?
Aku ni bukan manusia yang sempurna,tp hanye ingin mengingati antara manusia...kerana kite sering lupe

'Dan sesungghunya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi)tidak mengerti dengannya,dan bagi mereka yang ada mata(tetapi)tak melihat dengannya,dan bagi mereka ada telinga(tetapi)tak mendengar dengannya.Mereka seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat.Merekalah orang-orang yang lalai.'

(Surah al-A'raaf,ayat 179)

Tuesday, November 25, 2008

syahid!?

salam...

ku lihat di kaca TV,di dalam surat khabar...manusia yg ingin bunuh diri,dah x syg nyawe ke?...ishx3...kesian ku lihat mereka ini...mereka nak nunuh diri atas dasar cinta,alahai cinta yg entah kemana...

Siapa kita ni yg nak hendak bunuh diri...walhal nyawa itu bukan milik kita,milik ALLAH semata-mata..ALLAH yang telah kurniakannya kpd kita..tp ape kita buat dgn nye?sia-sia kan nyawa kita... (bnuh diri,amik dadah,hisap gam and so on) tu sbb dlm ISLAM di haramkan bunuh diri dan buat perkara yg memudaratkan diri!? klau manusia2 ni sedar ttg hal ni x kan terjadi perkare2 ni...klaulah manusia sedar akan keindahan ISLAM seperti dulu...

Teringat aku kisah2 mase zaman Rasulullah SAW dan para sahabat...mereka hidup dan mati atas dasar memperjuangkan ISLAM...mengejar syahid...Oh..indahnya ketika dulu..

Adakah kau lupa!?

Berkorban ape saje demi ISLAM..Cthnye Siti Khadijah & Abu Bakar As-Siddiq yg menyalurkan harta mereka utk Islam semata-mata...Bilal sanggup dihempap batu besar,dijemur dtgh panas drpd menyekutukan Allah...sanggup berjihad ke jalan Allah..maksud jihad x semestinye angkat senjata,berani mati dgn bom n blax3...x terdaye den...kite jihad sekadar yg kite mampu...Buat mase skang ni kite cube jihad menentang nafsu n syaitan...Marilah bersame2 menyahut cabaran ini!?

Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan "Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup."

Zaman sekarang ini kita sudah lupakan Tuhan,kita agung2 kekasih kita..sampai tahap x syg nyawa...walhal die cume makhluk ciptaan ALLAH...kite sebenarnye makin terpisah dgn kekasih sebenar kita iaitu ALLAH SWT...Allah x pernah membenci kita..ALLAH x pernah lupakan kita...Hanya kita shj yg sering lupe atau buat2 lupe

Aku ni bukannye org yg sempurna tp ini hanye peringatan kpd sume hamba Allah...marilah kita berusaha same2 menilai semula kehidupan kita...pegang balik asas2 Islam dan kukuhkannya

TAKBIR!?

Saturday, November 8, 2008

chentaku!?

Salam..
Apabila kita mendapat ilmu yang bermanfaat maka tukarlah perspektif pemikiran kita.!?

Dahulunya,aku juga berteriak 'Hidup Melayu!'Tapi sekarang tidak lagi,bukannya aku tidak sayang akan bangsaku.Sayang sangat,aku pun nak lihat bangsaku maju.Maju bersama-sama bangsa lain .Itu sahaja yang aku harapkan.Tapi diriku rasakan perjuangan itu tidak lagi relevan.
Cintaku terhadap Islam lebih dalam daripada bangsaku.Aku lihat sana,sini gaduh.Kaum yang ni gaduh dengan bangsa tu.Racist!?Apa gunanye!?-Ade bawa ke arah kebaikan-TIDAK!Jadi mengapa kita racist,mengapa perlu assabiyyah!?Ini semua hanyalah propaganda pihak tertentu.Jauhilah segala bentuk assabiyyah-rasisme,nationalisme/wataniah!?

Adakah kau lupa bagaimana Islam mentadbir dulu.Ya,Islam pernah menguasai dunia satu masa dahulu.Semua bangsa hidup dalam keadaan yang aman dan adil.
Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom, Parsi, India dan lain-lain dan menjadikan mereka ummatan wahidah (umat yang satu). Islam juga telah mempersatukan manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan, bahasa mahupun status sosial. Semuanya disatukan berdasarkan kalimah yang sama dan digabungkan di bawah negara yang sama (Daulah Khilafah). Tidak diragukan lagi, kalimah tauhid inilah yang telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang telah membelenggu manusia selama ini.Kaum Muslimin dulunya adalah orang-orang yang hidup hanya untuk Islam dan sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi Islam, bukannya demi assabiyyah atau wathaniyyah. Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan "Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup." Para mujahideen ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah dan bukannya berperang atas dasar bangsa atau tanahair.
Indahnya di waktu itu.Kalau boleh diriku ini ingin hidup di zaman itu.Tapi ALLAH menghidupkan aku di zaman ini.ALLAH MAHA MENGETAHUI.Kita boleh lihat bagaimana racun nasionalisme dan patriotisme yang menular dalam badan, maka muncullah perjuangan untuk memerdekakan diri sebagai satu bangsa bagi menubuhkan negara sendiri yakni negara yang berdiri atas asas bangsa.Cth,Turki!?

Mari kita lihat kenapa assabiyyah(rasisme/nationalisme/wataniah)tidak dibenarkan dalam Islam.
Sabda Rasullullah SAW,

bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah berperang atas dasar assabiyyah dan mati(mempertahanka)assabiyyah

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, wahai kaum muslimin,ingatlah kalian kepada Allah,ingatlah kalian kepada Allah!Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah,padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian.Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam,memuliakan kalian dengannya,memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian,menyelamatkan kalian darikekafiran dan satukan hati kalian..Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain.

Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal,enkau anak orang hitam.Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, 'engkau sudah melampau wahai Abu Dzar.Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibuyang hitam' Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya

Saudara/saudari

Ingatlah bahawa Allah menciptakan kalian dari setitis air mani, lalu dijadikan segumpal darah dan kemudian segumpal daging. Kalian berada di dalam keadaan yang lemah selama sembilan bulan di dalam perut ibu-ibu kalian. Allah kemudian mengizinkan kalian lahir ke dunia dalam keadaan tidak berdaya dan tidak mengerti apa-apa. Kalian kemudian menyusu dan membesar dalam dakapan ibu-ibu kalian. Apakah setelah Allah menjadikan kalian sebagai seorang Muslim, kalian kemudian merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Arab atau Pakistan? Dan apakah kalian merasa bangga dengan tanahair tempat kalian dilahirkan sehingga bumi itu lebih mulia di sisi kalian berbanding bumi-bumi Allah lainnya? Ingatlah wahai saudaraku bahawa setiap insan tidak pernah meminta untuk lahir ke dunia dan setiap insan juga tidak pernah meminta jenis bangsa, keturunan dan bumi tempat untuk dia dilahirkan. Allahlah Yang Maha Mencipta dan Allahlah yang menentukan segala-galanya. Tunduk dan patuhlah wahai setiap insan...

Cintailah Islam.Takbir.Marilah kita bernaung di bawah satu kalimah.SYAHADAH!



Tuesday, October 28, 2008

ibtila'!?

al-kisah nye,sahabat aku sorang ni,H kehilangan handset nye,..kena curi la!?
So,aku ngan sahabat2 laen pun tolong pujuk la...bagi tenteram sket hati die...mase tu sedih sgt si H ni..menangis,kecewa la kan...mane x nye handset H mahal...huhu
Jadi aku ngan sahabat2 lain kesian sgt tgk H....kitorang bagi la nasihat skit kat H....perkara ni ujian/ibtila' semata-mata....
Aku ingat la skit2 mase sahabat2 aku berbicara ngan H pasal kenapa ALLAH adakan ujian/ibtila' buat umat manusia :
1) 'Allah takkan berikan ujian kalau kau tak kuat(iman)'...kate seorg sahabat aku..Apa yg cube dkatakn ialah Allah menguji keimanan hamba nya,nak tgk samade iman btul2 kuat atau x..

2)'Allah tarik balik nikmatNya dan akan berikan nikmatNya yang lebih baik'..kate seorg lg sahabat aku..dlm hal ni handset tu mahal la kan..ade tu,ade ni..mcm2 ade(kire nikmat la tu)...So,mayb Allah akan berikan nikmat yg lain..dlm bentuk yg laen...Insya-Allah

3)'Mungkin Allah tarik balik nikmatNye(handset) sebab aku lalai(dgn handset) kut'...kate H...Ape yang cube H katekan ialah Allah akan tarik balik nikmatNye kalau anda menyalahgunakan nikmatNye

4)Yang ni aku rase ustazah aku kut gitau...;engkau belum beriman jika belum menghadapi ujian dari Allah....jadi makin kuat iman kita...makin ssh ngan byk lagi ujian/ibtila' yg dberikan kpd hambaNya

5)Yg selanjutnye drpd buku :
-penghapusan dosa = ujian yg diberikan itu untuk menghapuskan dosa yg telah dibuat
-samade kufur/syukur = kalau syukur kita reda dan pasrah ngan ujian Allah(bile susah)...menginfakkan harta ke jalan Allah(bile sng) tp kalu kita kufur mula la kita putus asa,x caye ngan Kebesaran Allah(bile ssh)...(bile sng)kite lupe diri...berjoli sane sini...Masya-Allah
-uji kesabaran

Lepas dgr semua ni hati H pun tenang la..Kita doakan agar handset H dipulangkan..Harap ambil iktibar..Jage elok2 harta benda korang dimane jua anda berada..Jgn cepat putus asa...Segala yang berlaku ade hikmahnye,Allah Maha Mengetahui...

Saturday, October 25, 2008

purpose!?

Kita tak boleh pilih cara kita mati tapi boleh pilih cara kita nak hidup!?
Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
Ada yang kata :
1)Aku hidup untuk kemegahan
Ada gak yang cakap :
2)Aku hidup untuk kuasa
Dan yang paling biasa :
3)Aku hidup untuk penuhi kehendak nafsu aku(makan,minum,rehat,kerja,berasmara-dana,beli-belah)
Dan jawapn yg paling dayus : 'Aku x ingin dilahirkan ke dunia ini'

Kalau anda juga jwb YA! aku hidup untuk kesemua ini.Lihatlah analogi kehidupan anda :
1)Kemegahan-anda ibarat seekor burung merak.Yang megah dengan kecantikan(suke show-off) tetapi anda perlu ingat itu sahaje kelebihan anda.Tiada teman,hanya keseorangan,kesunyian.kerana anda tiada kawan yg sejati(mane ade orang nak kawan dgn orang yang sombong and selfish)..Ishx2..Kesian diri anda!?
2)Kuasa-anda seumpama kucing jantan.Di mana anda kencing merata-rata untuk menandakan kawasan anda.Menunjukkan kekuasaan anda..ishx2..ape la kencing ntah mane2 je
3)Penuhi nafsu-anda ibaratnye seekor kambing...di mana apabila keluar kandang anda berfikir untuk makan,untuk mencari kambing lain untuk buat proses 'reproduction'..kambing mane pernah fikir 'hari ini aku akan jadi lebih baik dari semalam'Kehidupannya sama sahaja...Bile nak kena sembelih pun asyik pikir makan je...ishx2...kesian!

Jadi apa sebenarnya tujuan kita hidup!?Mudah je jawapan nye tu :
'Tidak Aku(ALLAH) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdikan diri(beribadat) kepadaKu' (al-Zariyat 51:56)

Ada la pulak orang tanye :
'jadi aku perlu duduk dalam masjid jelah bertafakur,berzikir,ngan solat'

Tidak,Islam itu merangkumi semua aspek kehidupan...Jikalau anda lakukan sesuatu itu kerana ALLAH maka anda sedang beribadat...cth-masuk tandas anda baca doa,tutup ubun2 kepala....nak tidur anda bace doa,tidur ikut cara Rasulullah S.A.W......semua perbuatan yang dilakukan berlandaskan al-Quran dan sunnah semua tu ibadat...

Ade jugak yang cakap gini :
'Aku dah sembahyang fardu lima waktu sehari semalam,kiranye aku dah beribadat'

Tidak dinafikan solat itu tiang agama...tapi kalau anda lakukan solat sahaje x cukup...ibaratnye anda kata kepada ALLAH : 'aku dah solat subuh ni,zohor nanti kita jumpe lagi'
Ingatlah bahawa ALLAH melihat semua perkara yg anda lakukan...jadi sepanjang mase kite perlu beribadat!

Ade gak yang cakap :
'Aku dah wat sume Rukun Islam...Jadi dah lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang muslim'
Belum lagi..Islam itu merangkumi semua aspek...kalau akhlak anda masih teruk,pun x guna jgk kan?

Akhir kate...Kita Hidup Untuk Beribadat Kepada ALLAH! TAKBIR...

dipetik daripada Abu Saif/saifulislam.com

Saturday, October 18, 2008

pesanan TV

Hello!
I'm the IDIOT BOX.
I used to be black and white
Now I'm in colour and high definition
Yes,I kind of evolve time to time...things change you know
However my purpose is still the same
To turn IDIOTS into MORONS
For generations,I brainwash little children
For generations,I blind the adults in this world
This is MY AGENDA,This is MY PROPAGANDA
What for?
To turn IDIOTS into MORONS
At first,it wasn't my fault..I just wanted to entertain,to be adore
Now,I'm turning people into ZOMBIE,starring in anxiety in front of me
You can't blame me for that Because I'm just a tool
A tool of idiotic!?
Use me wisely or you to become a mindless zombie

Saturday, October 4, 2008

Islam In The Future!?


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya.

Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train

"Ah, di mana aku sekarang ini?" gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... Maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

"Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?" Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Dia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas....Lega...

Dahaga dan lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al-Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!" Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.

"Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?"

"Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang yang sedang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makruf yang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....Berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya boleh dapatkan hiburan?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA.

Seram sejuk tubuhnya.

"Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi," protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. "Apa nak jadi ni?Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

"Eh ...Ni suara orang mengaji."
"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema....

Cintaku berlabuh di persada rahmat
Mumendamba kasih yang tidak berhujung
Mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
Stanza hati merindu Ilahi!

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata, "saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini tidak boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" kata pembantunya.

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.

"Maaf Datuk. Begitulah keutusannya" jawab pembntu itu.

Datuk Dr. Johar seakan tidak percaya. Digosok-gosok lagi matanya.

diambil dari www.iluvislam.com

Siapa Kita!?


Kita ini bodoh,Kita ini hina
Kita ini hodoh,Kita ini hiba
Kita manusia bertukar menjadi raksasa
Ku lihat dunia tercinta Berubah menjadi neraka
Aku rindu akan alam lama Sedih menatapi wajahnya
Pemandanganku kabur lalu buta Dihalang oleh kabus leka
Leka kerana kita manusia,Manusia keji lagi hina
Apakah hilang cinta,Tidakkah kita mahu ke syurga
Dapatkah kita?Dengan amal ibadat kita
Kita ini alpa,Menjadi mangsa dunia
Dimamah dan dibenci oleh semua
Siapakah kita
Manusia keji lagi hina....Itulah Kita!?

Tuesday, September 30, 2008

From A Book!

If you're not lazy,you're not Malay
If you don't cheat,you're not Chinese
If you don't drink,you're not Indian

I'm Chinese but I'm no cheat
My friend's Indian but he's no drunk
Another is Malay but he's no slob
Chinese,Indian,Malay or Others
We are who we make ourselves to be
Not the stereotypes we're made out to be
But if we don't buck the trend
We'll forever be stamped

From a book-HONK!If You're Malaysian by Lydia Teh

Saturday, September 20, 2008

PLEASE BE YOURSELF!?

We are BORN AS ORIGINAL,unique and different from each other.
So,we DON'T DIE AS A COPY.
No one in this world is the same.
Even twins are different from each other.
However....
Why are there many people want to be a copy!?

example:most of teenagers want to follow their idols...to be a rock star..to be popular...!?

To be some one that they are not....WHY!?

Imagine that all of the people in this world are the same.
Everyone have the same face,voices and so on.
Every time you see somebody it is like you're watching a mirror,reflection because everyone is the same...
Won't we get bored...
It's kind of freaky when you think of it...

So,
Be Yourself...Be Different!?
I'm what I'm and you're what you're