Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Tuesday, May 29, 2012

superduperpowerohsemparents!

salam.

baiklah sekadar perkongsian daripada apa yang saya peroleh di Konvensyen SuperParents anjuran iLUVIslam.com

untuk kahwin kita buat persiapan 8-10bulan tapi untuk persiapan menjadi ibubapa  bagaimana?cukupkah dengan hanya kursus 2-3 hari?

walhal process parenting itu lebih panjang dan saya rasa amat penting untuk membentuk ummah yang kuat.

maka moleklah jika sebelum kita kahwin,kita faham kepentingan parenting!

apa yang saya pelajari ialah teknik-teknik,yakni semua teknik ini amat mudah tapi kita sering lupa seperti luangkan masa etc.

baiklah sebenarnya anak-anak ini dididik melalui 3 fasa yang mengikut umur:

1.bayi-7thn : kasih sayang
2.7-13thn : tegas
3.15thn > jadi rakan mereka (berdiskusi)

dan keluarga ialah satu syarikat.

anak-anak sekarang banyak didedahkan dengan benda-benda negatif dan tahuhkah anda bahawa dalam satu rumah itu boleh ada ulamak dan juga perompak.
maka perlu ada perancangan dalam membentuk anak-anak,ia bukan secara spontan.
kalau kita nak syarikat berjaya kenapa tidak keluarga?

anak-anak pergi ke dunia online sebab dunia offline nya BORING. Maka di sinilah peranan ibubapa untuk menghidupkan suasana!jadikan anak-anak anda sebgai FUN COACH!anak-anak yang ajarkan kita to have fun!

Parenting ini memerlukan listening skills, yakni not to reply but just listen. Saya tahu bagi lelaki agak susah kerana kita ini jenis yang suka memberi penyelesaian/solusi.
Tapi bukan itu sebenarnya isteri atau anak-anak mahu.
(Psst...pantau juga aktiviti anak-anak kerana kita boleh dengar tapi jangan percaya sangat)

Dalam keluarga perlu ada agenda tersendiri, yakni FAMILY AGENDA.
Keluarga meluangkan masa bersama.
Eloklah makan bersama,holiday dan buat family meeting (syukur box,kisah nabi dan tauladan)

Set-kan halatuju family(berbincang sesama ahli keluarga) kerana keluarga ertinya luas,kita juga mahu anak-anak kita didik anak-anak mereka (yakni cucu kita) agar menjadi super.

Dan buatkan satu priority matrik!seperti di bawah ini:


(psst...pastikan kita tahu samada is it a NEED or WANT)

memang semua ibubapa ingin meihat anak mereka berjaya dari segi akademik tapi bukan semua minat belajar.
maka ibubapa perlu melihat kemahiran yang mereka ada dan jika dia malas belajar beritahu yang jika mahu excel dalam satu kerjaya tertentu kita perlu ada BASIC dan BASIC ini perlukan anak-anak untuk belajar.Sedarkan mereka tentang ini.

Didik anak secara psikologi dengan mengatakan mereka "the BEST" dan bukan biasa-biasa (tapi terapkan juga sikap merendah diri)
Kita sebenarnya sedang PROGRAMME kan anak-anak kita ini melalui percakapan kita.
Dan ingatlah percakapan itu ialah doa!
Maka selalukan cakap "pandai anak aku,bertuahnya anak aku etc" walaupun dalam keadaan marah!
Elakkan daripada perkataan keji lagi hina macam "syaitan gondol punya anak,bodoh,monyet"

Peluang mendidik anak ini hanya sekali, maka manfaatkanlah!
Jangan aysik salahkan kerajaan,sekolah etc jika anak teruk!
As PARENTS should be ACCOUNTABLE to their children.

Ini kiranya summary atau tips untuk ibubapa super!
1.didik mereka dengan agama(jinak dengan surau,nampakkan solat ketika mereka masih kecil)
2.didik mereka dengan ilmu (kita invest dalam pelajaran mereka,jinakkan mereka dengan BUKU bukan TV)
3.kita mendidik anak-anak bukan membela (ibubapa sekarang hanya hantar anak ke sekolah kemudian ambil dari sekolah itu bukan mendidik tapi membela oleh itu kita perlu luangkan masa untuk mereka)
4.keyakinan(melalui kata-kata positif,beri galakkan)
Jika gagal,tidak mengapa kerana kegagalan itu akan membawa kesedaran dan kesedaran ini akan bawa kepada USAHA!
5.tegas(minimumkan kesenangan seperti TV,handset yang canggih,etc)
Disiplin kadang kala perlukan paksaaan tapi be reasonable!

Sekian.
Sekadar sedikit perkongsian =)