Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Tuesday, August 9, 2011

erti seniman!?

Salam.

Islam tidak melarang untuk berseni tapi ingat ada syarat dan batasan nya.

Tidak bolehlah menayang "una" atas kebebasan berseni.bebas itu hanyalah perspektif,semua benda ada peraturan.
Sekolah ada peraturan,tempat kerja ada peraturan,negara pun ada peraturan.maka ikutlah peraturan sekali ia tIdak melanggar peraturan terbesar,peraturan Allah.
Maka kita memang bebas tapi ada peraturan.itu sahaja.

Dan kita sebagai manusia,hamba Allah,tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan olehNya.

Cukup sebagai mukadimah.

Apa itu seniman?siapakah mereka?
Erti seniman yang jati ialah seniman yang melaksanakan perintahNya(Allah),patuh!dan menjauhi laranganNya.
Dan seni yang dilaksanakan adalah semata-mata menuntut keredhaanNya.

Apakah seseorang itu boleh dikatakan sebagai seniman jika dia berlakon dalam drama dan filem bertemakan Islam?

Mungkin,jika tindak-tanduk dia semasa off screen mencerminkan dia taat dan patuh kepadaNya.
Maka senimanlah dia!

Tidak bolehlah,menjiwai karekter sahaja.
on screen karekter mantap,tutup aurat,tiada bersentuhan,
Off screen,wallahualam.
NO KOMEN

Itu sahaja.sekian
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

Gipang!

Gipang!

Rata-ratanya di Malaysia ini telah terlampau banyak yang ada gelaran dato,datuk seri dan sebagainya. Hinggakan ada yang mengatakan bila seketul batu dicampak ke kepala seorang Dato’ maka akan terkena juga seorang Dato’ yang lain.

Penyakit Gipang! Ini makin menggila-gila sehingga kita boleh lihat gelaran atau pangkat ini sanggup diperdagangkan,dijual beli. Hanya kerana apa? Kerana segelintir rakyat Malaysia sudah Gipang! Kerana raykat beranggapan bahawa hidup ini perlu ada pangkat,mengejar pangkat itulah matlamat akhir mereka. (kejarlah dunia akhirat wahai dato’ wannabe)

Kita terlampau memuja-muja pangkat.meng-dewakan nya.Sehingga kita beranggapan apabila dapat pangkat atau gelaran Dato’ hidup akan senang,hidup lebih mulia.Orang akan hormat,orang akan kenal,mudah nak dapat ‘benda-benda’ atas tiket Dato’. Itu sebab orang sanggup beli gelaran Dato’.

Kita terlampau memuja Dato’.walhal itu hanyalah gelaran.

Ya,memang ada yang dapat gelaran kerana jasa dan sumbangan mereka kepada Negara. Tapi bagi aku,kita perlu mengikis budaya memuja Dato’ ini.

Tentang jasa dan sumbangan; rakyat biasa lebih berjasa dan menyumbang tanpa makcik cleaner habis kotor satu Malaysia,tanpa pak guard habis jatuh ke anarki Malaysia ini.Ekonomi boleh terus lingkup jika semua rakyat cuti,melepak,goyang kaki.

Maka bagi mereka yang berjasa kepada Negara bagi lah mereka insentif/ganjaran dalam bentuk kewangan atau apa-apa yang memadai.tidak perlulah gelaran Dato’/Datuk ini.

Dahulu,kita kenal Siti Nurhaliza sebagai Siti sahaja,Lee Chong Wei sebagai Chong Wei,(kan mesra kan)kini bila tengok di TV, panggil mereka Datuk,alamak,dah tidak mesra,tidak best.

Tidak terlepas juga kepada golongan akademik,ya memang mereka perlu dihormati kerana mereka telah belajar,menghirup ilmu ibarat sup ekor sahaja. Tapi tidak boleh kah saya panggil dia En. “X”.salah kah? penggunaan Encik….itu pun tanda hormat apa?

Ianya sama seperti situasi apabila kita hendak menegur orang yang tidak dikenali.

Yang menjadi Emcee pun tidak perlu nak menyebut panjang lebar,yang amat berhormat professor madya X…

Saya faham bahawa ini semua adab,menghormati.

Dahulu pun aku nak orang panggil aku Dato’ Dr Haji Hisham Bin Dato’ Haji Hasan.Gila panjang nama dari Hisham Bin Hasan sahaja.hahaha.sekarang tidak lagi.

Bila dijemput kemana-mana nanti.Panggil sahaja aku Hisham. Encik Hisham XD.

P/s santapan buat Muhammad Irsyadiee!