Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Thursday, December 29, 2011

my sister reminds me...

exam atau dalam Bahasa Melayu nya peperiksaan akan membawa banyak pengajaran dan peringatan dari segi kehidupan terutamanya rohaniah

biasalah sekolah akan memberikan study break atau cuti-cuti Malaysia untuk seketika buat para pelajar menelaah secara bertungkus lumus! XD

Ya.biasa nya kita akan study siang malam,mem-blind pig untuk LULUS EXAM.

dan dalam kegilaan untuk ber-study,kelekaan mengejar ilmu,dan sekali sekala berehat sejanak bersama Kit-Kat dan M.Nasir/Hang Tuah di Seven Eleven.

kita lupa akan tujuan sebenar kita menelaah,mengejar ilmu!

kita lalai buat seketika.

Ampunkanlah hambamu ini.

wahai saudara saudari sekalian,dan dalam diam Tuhan yakni Allah SWT yang amat menyayangi kita,memberi peringatan kepada kita-para pelajar.

banyak sebenarnya peringatan yang Maha Esa berikan dalam pelbagai bentuk cuma kadang-kala kita terlepas pandang,tak perasan.

dan malam semalam,diri ku ini menerima meseg dari kakakku yang comel sebagai satu lagi peringatan...


'Yen just nak ckp,blaja krn ilmu,bkn smata2 nk skor k.ol d best.solat jgn lupe.take cre my beloved brothr..'

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali” (Riwayat Tarmizi)

P/S lepas exam adakah kita meng-reflect sikap kita ketika menelaah...bagaimana sikap jita terhadap sahabat,famili dan Tuhan =)

Thursday, December 15, 2011

tegarkan hati, teruskan usaha!

tegarkan hati, teruskan usaha!
what i learn in Med school;how to survive

1. bright mind (additional bonus if you have good memory)
2. strong will of heart
3. superb support system (family and friends)
4. rajin-ness (if malas2 then result only cukup2 makan)
END =)

hingga ke titisan dakwat terakhir!!!

Tuesday, November 8, 2011

beban.seorang.pelajar.

siapa yang sedang belajar dalam satu-satu bidang diminati/tidak, sudah pasti mereka ini tidak mahu gagal dalam usaha untuk berjaya dalam bidang yang bakal diceburi.

di saat-saat peperiksaan menjelang...

detik masa tetap berlalu...laju

mereka ini berlelah nafas,membuka mata menahan nodaan bantal,berlapar kerana mengisi minda dengan ilmu.

mereka ini ingin mengecapi kelulusan yang baik. 'A' jika boleh 'A++'

tiadalah niat ingin gagal.

percayalah.

beban seorang pelajar itu amat berat.

(beban keluarga pelajar itu juga amat berat)

ketahuilah bahawa mereka ini telah bersungguh,tapi jika tiada rezeki maka tiadalah kerana semuanya ALLAH SWT yang tentukan.

keputusan yang diperolehi tiada se-gah mana,hanya lulus.sekadar cukup-cukup makan sahaja

malu jua dengan keluarga...

tapi apakan daya,yang penting usaha sudah dilaksana. =)

STRESS!

Tuesday, October 18, 2011

Jebat si penderhaka

saya bukan anti raja...

Berhak kah mereka?

Pemerintahan berasaskan keturunan atau feudal, di-raja adalah tidak berasas...

Atau di zaman ini sudah hilang fungsinya!

Melayu terlampau memuja raja atau sultan,jika membuat statement di atas gantang dilabel sebagai derhaka...

Apakah sumbangan mereka terhadap rakyat?

Bagi saya, personally saya tidak nampak fungsi raja dan jasa/kerja mereka(kini)

Rumah besar,kereta besar,baju branded...wah2!

Jangan kerana gelaran keturunan di-raja,melalui kroni...hidup dapat jadi mudah,mewah...tidak perlu berkerja...wah2!

Jika dulu,YA!institusi di-raja memainkan peranan penting...menyatu padukan rakyat,menjaga keamanan...(tapi ada juga yang bertindak zalim,dan orang Melayu takut kena tulah)

haha..kita takut kepada raja tapi bukan kepada Tuhan?

(apa raja itu wakil Tuhan kah?)

-ini secara overall, jika ada raja yang bagus,tolong rakyat maka baguslah bagi mereka-

P/S apakah kisah Jebat-Tuah-Bendahara-Sultan Melaka tidak memberi peringatan?

Jebat memang penderhaka (tindakan nya buta tuli membunuh memang salah) tapi Jebat setiakawan,Tuah mengikut biarlah pintar (sudah buat bermacam-macam tapi kena dihukum bunuh oleh Tuan nya sendiri),bendara bagus berfikir tidak melulu,Sultan diracun sikit termakan umpan...hilanglah kedaulatan

Inspirasi

Daulat Tuanku!

by Butterfingers

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri

Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagu suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Oh! Janganlah murka
Dirgahayu takkan layu
Oh! Lagu ini takkan berhenti

OK jumpa lagi di lain hari
OK cuba lagi sampai mati
OK jumpa lagi barangkali

Janganlah cemas

Sunday, October 16, 2011

Charlie Chaplin's 'The Great Dictator'

Speech from Charlie Chaplin's'The Great Dictator'

(if lazy to read then watch the speech on youtube)

I'm sorry but I don't want to be an Emperor, that's not my business. I don't want to rule or conquer anyone. I should like to help everyone if possible, Jew, gentile, black man, white. We all want to help one another, human beings are like that. We all want to live by each other's happiness, not by each other's misery. We don't want to hate and despise one another. In this world there is room for everyone and the earth is rich and can provide for everyone.

The way of life can be free and beautiful. But we have lost the way.

Greed has poisoned men's souls, has barricaded the world with hate;
has goose-stepped us into misery and bloodshed.

We have developed speed but we have shut ourselves in:
machinery that gives abundance has left us in want.
Our knowledge has made us cynical,
our cleverness hard and unkind.
We think too much and feel too little:
More than machinery we need humanity;
More than cleverness we need kindness and gentleness.

Without these qualities, life will be violent and all will be lost.

The aeroplane and the radio have brought us closer together. The very nature of these inventions cries out for the goodness in men, cries out for universal brotherhood for the unity of us all. Even now my voice is reaching millions throughout the world, millions of despairing men, women and little children, victims of a system that makes men torture and imprison innocent people. To those who can hear me I say "Do not despair".

The misery that is now upon us is but the passing of greed, the bitterness of men who fear the way of human progress: the hate of men will pass and dictators die and the power they took from the people, will return to the people and so long as men die [now] liberty will never perish. . .

Soldiers: don't give yourselves to brutes, men who despise you and enslave you, who regiment your lives, tell you what to do, what to think and what to feel, who drill you, diet you, treat you as cattle, as cannon fodder.

Don't give yourselves to these unnatural men, machine men, with machine minds and machine hearts. You are not machines. You are not cattle. You are men. You have the love of humanity in your hearts. You don't hate, only the unloved hate. Only the unloved and the unnatural. Soldiers: don't fight for slavery, fight for liberty.

In the seventeenth chapter of Saint Luke it is written:
"The kingdom of God is within man"
Not one man, nor a group of men, but in all men; in you, the people.

You the people have the power, the power to create machines, the power to create happiness. You the people have the power to make life free and beautiful, to make this life a wonderful adventure. Then in the name of democracy let's use that power, let us all unite. Let us fight for a new world, a decent world that will give men a chance to work, that will give you the future and old age and security. By the promise of these things, brutes have risen to power, but they lie. They do not fulfil their promise, they never will. Dictators free themselves but they enslave the people. Now let us fight to fulfil that promise. Let us fight to free the world, to do away with national barriers, do away with greed, with hate and intolerance. Let us fight for a world of reason, a world where science and progress will lead to all men's happiness.

Soldiers! In the name of democracy, let us all unite!

. . .

Look up! Look up! The clouds are lifting, the sun is breaking through. We are coming out of the darkness into the light. We are coming into a new world. A kind new world where men will rise above their hate and brutality.

The soul of man has been given wings, and at last he is beginning to fly. He is flying into the rainbow, into the light of hope, into the future, that glorious future that belongs to you, to me and to all of us. Look up. Look up.

copy and paste from http://luis.impa.br/chaplin.html

Tuesday, August 9, 2011

erti seniman!?

Salam.

Islam tidak melarang untuk berseni tapi ingat ada syarat dan batasan nya.

Tidak bolehlah menayang "una" atas kebebasan berseni.bebas itu hanyalah perspektif,semua benda ada peraturan.
Sekolah ada peraturan,tempat kerja ada peraturan,negara pun ada peraturan.maka ikutlah peraturan sekali ia tIdak melanggar peraturan terbesar,peraturan Allah.
Maka kita memang bebas tapi ada peraturan.itu sahaja.

Dan kita sebagai manusia,hamba Allah,tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan olehNya.

Cukup sebagai mukadimah.

Apa itu seniman?siapakah mereka?
Erti seniman yang jati ialah seniman yang melaksanakan perintahNya(Allah),patuh!dan menjauhi laranganNya.
Dan seni yang dilaksanakan adalah semata-mata menuntut keredhaanNya.

Apakah seseorang itu boleh dikatakan sebagai seniman jika dia berlakon dalam drama dan filem bertemakan Islam?

Mungkin,jika tindak-tanduk dia semasa off screen mencerminkan dia taat dan patuh kepadaNya.
Maka senimanlah dia!

Tidak bolehlah,menjiwai karekter sahaja.
on screen karekter mantap,tutup aurat,tiada bersentuhan,
Off screen,wallahualam.
NO KOMEN

Itu sahaja.sekian
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

Gipang!

Gipang!

Rata-ratanya di Malaysia ini telah terlampau banyak yang ada gelaran dato,datuk seri dan sebagainya. Hinggakan ada yang mengatakan bila seketul batu dicampak ke kepala seorang Dato’ maka akan terkena juga seorang Dato’ yang lain.

Penyakit Gipang! Ini makin menggila-gila sehingga kita boleh lihat gelaran atau pangkat ini sanggup diperdagangkan,dijual beli. Hanya kerana apa? Kerana segelintir rakyat Malaysia sudah Gipang! Kerana raykat beranggapan bahawa hidup ini perlu ada pangkat,mengejar pangkat itulah matlamat akhir mereka. (kejarlah dunia akhirat wahai dato’ wannabe)

Kita terlampau memuja-muja pangkat.meng-dewakan nya.Sehingga kita beranggapan apabila dapat pangkat atau gelaran Dato’ hidup akan senang,hidup lebih mulia.Orang akan hormat,orang akan kenal,mudah nak dapat ‘benda-benda’ atas tiket Dato’. Itu sebab orang sanggup beli gelaran Dato’.

Kita terlampau memuja Dato’.walhal itu hanyalah gelaran.

Ya,memang ada yang dapat gelaran kerana jasa dan sumbangan mereka kepada Negara. Tapi bagi aku,kita perlu mengikis budaya memuja Dato’ ini.

Tentang jasa dan sumbangan; rakyat biasa lebih berjasa dan menyumbang tanpa makcik cleaner habis kotor satu Malaysia,tanpa pak guard habis jatuh ke anarki Malaysia ini.Ekonomi boleh terus lingkup jika semua rakyat cuti,melepak,goyang kaki.

Maka bagi mereka yang berjasa kepada Negara bagi lah mereka insentif/ganjaran dalam bentuk kewangan atau apa-apa yang memadai.tidak perlulah gelaran Dato’/Datuk ini.

Dahulu,kita kenal Siti Nurhaliza sebagai Siti sahaja,Lee Chong Wei sebagai Chong Wei,(kan mesra kan)kini bila tengok di TV, panggil mereka Datuk,alamak,dah tidak mesra,tidak best.

Tidak terlepas juga kepada golongan akademik,ya memang mereka perlu dihormati kerana mereka telah belajar,menghirup ilmu ibarat sup ekor sahaja. Tapi tidak boleh kah saya panggil dia En. “X”.salah kah? penggunaan Encik….itu pun tanda hormat apa?

Ianya sama seperti situasi apabila kita hendak menegur orang yang tidak dikenali.

Yang menjadi Emcee pun tidak perlu nak menyebut panjang lebar,yang amat berhormat professor madya X…

Saya faham bahawa ini semua adab,menghormati.

Dahulu pun aku nak orang panggil aku Dato’ Dr Haji Hisham Bin Dato’ Haji Hasan.Gila panjang nama dari Hisham Bin Hasan sahaja.hahaha.sekarang tidak lagi.

Bila dijemput kemana-mana nanti.Panggil sahaja aku Hisham. Encik Hisham XD.

P/s santapan buat Muhammad Irsyadiee!

Monday, July 4, 2011

pemimpin bukan pemimpi

salam

menjadi manusia ini tidak boleh terlampau-lampau,tidak boleh sombong,tidak boleh angkuh,KENA RENDAH DIRI.

bukankah itu yang dianjurkan oleh agamaNya,Islam.KESEDERHANAAN.

apa entah lagi jikalau menjadi PEMIMPIN!lagi lah tidak boleh terlampau-lampau,tidak boleh sombong,tidak boleh angkuh,KENA RENDAH DIRI.

pemimpin sebenarnya balaci,pencacai atau erti kata lain pekerja untuk rakyat.BUKAN RAKYAT BEKERJA UNTUK PEMIMPIN.

oleh itu,PEMIMPIN kenalah jaga hati rakyat.bodek hati rakyat.sayang akan rakyat.

di Malaysia ini,pemimpin kena tunjukkan teladan bukan belang,atau video yang mengaibkan.

kalau gaji dah banyak tu dan berserta benda-benda lain seperti elaun,sampai berpuluh-puluh ribu ringgit PEMIMPIN dapat,janganlah jadi pemimpi!
anda jadi PEMIMPIN kerana rakyat telah memilih.
maka berikanlah pulangan nya.

sebagai contoh; potong gaji setiap bulan bukan setakat 10% tapi 50-70% ke?okay kah?

apa?anda sebagai pemimpin tidak sanggup?sebab sikit sangat tinggal nnt.
kalau anda potong gaji anda sampai average gaji biasa rakyat Malaysia bagaimana?
baru dapat rasa kehidupan sebenar kan.
selebihnya anda derma lah kepda mana-mana badan kebajikan atau keluarga yang miskin.
janganlah bazirkan beli rumah sampai 10juta.buatlah amal jariah ye wahai pemimpin.

PEMIMPIN akan dihormati jika dia hidup bersama rakyat.macam rakyat.
terus-terang saya katakan,kita ini manusia ada perasaan dengki envy.bila kita tengok PEMIMPIN dapat rumah besar,kereta berjenama dan besar.kita pun akan rasa envy juga.
Oleh itu,pemimpin perlu hidup secara sederhana,seperti rakyat,rumah sederhana,kereta sederhana maka kita pun tiadalah envy.

lagi satu hal,jika hendak merasa kehidupan rakyat jangan lah guna polis untuk mengelak traffic jam.jika ada hal penting ke ape2 pun.plan lah awal2.jika tahu jalan itu hendak sesak maka bertolak lah awal ye. =)

P/S orang dahulu mengelak untuk jadi PEMIMPIN kerana takut,tanggungjawab besar.Sekarang,orang berkejar n
ak jadi PEMIMPIN sebab apa?mungkin KEKAYAAN?

Saturday, June 25, 2011

...

salam.

hidup ini sgt adil.

Allah SWT amat sayangkan ciptaan nya, yakni manusia yang alpa.

di saat-saat kita alpa,lupa daratan,cintakan dunia...

Allah SWT memberi kita pengajaran agar jangan alpa,lupa daratan,cintakan dunia...

Allah SWT memberi kenikmatan dalam kemusibahan seperti penyakit.

Hanya makhluk yang berakal dan berfikir menggunakan akalnya dapat merasai kenikmatan dalam kemusibahan.
manusia telah dikurniakan akal itu.gunakanlah.

Mana tidak nya,di saat kita-manusia alpa,lupa daratan,cintakan dunia.

Allah SWT memberi peringatan kepada diri manusia dengan pelbagai cara; memberi penyakit,mengingatkan kita tentang kematian.
Bila-bila sahaja nyawa boleh melayang.

dan kita sebagai manusia perlulah sedar.bahawa ini merupakan dugaannya-nikmat nya,Tuhan ingin kita kembali kepadanya,ingat kepadanya.Tuhan ingin iman kita meningkat.
Jangan kita salahkan Tuhan.Carilah kesedaran.

Oh,Allah SWT,Tuhanku yang Maha Esa,amatlah penyayang!
Ku amat bersyukur!

Terima kasih untuk segala kenikmatan dalam kemusibahan.

Ingat terima musibah itu seadanya,tingkatkan iman,jangan salah kan Tuhan.

Wednesday, May 11, 2011

efek assimilasi versi harga barang naik...!?

i would like to serve the government.serius!

tidak kisah yang mana-mana satu janji kerajaan itu jujur dan bagus dan

PEMIMPIN BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.


harga barang naik?

anda mengeluh?

jangan risau,badan dan minda kita akan biasa dengan keadaan ini.

percaya lah...

anda tidak percaya?

em...tapi anda sebenarnya sudah survive dalam beberapa siri serangan kenaikan harga,dari minyak hingga ke gula..

ambil contoh,harga minyak naik dahulu dari seringgit lebih ke dua ringgit lebih...

rakyat bising dan mengeluh seketika...

lepas tu?

life goes on macam biasa...kah3

kerana apa?

kerana efek assimilasi...

sebab badan dan minda kita perlu mengikut keadaan semasa so bila harga barang naik,dan tiada tindakan untuk turunkan semula secara serta merta maka efek assimilasi akan terlaksana.

badan dan minda kita akan ber-assimilasi dengan keadaan waktu itu...yakni harga barang naik,lepas tu hidup macam biasa

dan maybe kitaran hidup ini akan bermula semula bila harga barang naik sekali lagi dan tiada tindakan serta merta.

maka,hajat orang-orang tertentu tercapai,yakni harga naik,rakyat mengeluh buat seketika dan life goes on...

end


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harga gula naik...

So what?

we are malaysian lah...

kita duduk diam,ngange mulut

ikut je kerajaan pelindung rakyat

kah3

we are malaysian lah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apabila harga barang naik,mula-mula rakyat akan mengeluh...

kerajaan beri explanation yang macam biasa....

ada perubahan?

TIADA

sebab,we are malaysian lah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jika tiada perubahan yang segera dan ketara

keluhan rakyat tiada makna...

sebab apa?

kita akan terbiasa dengan harga barang yang sudah naik itu

so,life goes on

Wednesday, March 23, 2011

SPM.end.

kepada sesiapa yang terguris hati membaca post ini saya mohon maaf terlebih dahulu.

sedang ber-FB,lalu ternampak status FB sahabat lama yang saya kira paling mantap iaitu

'
straight A???...lek lu...jauh lg perjalanan korang...masuk 'U' t bru kredibiliti korang diuji btul2...jgn igt xde bdk straight A result hancur kt U..bersepah2 bang'

dipetik dari Abdul Halim Bin Rosly



Wah!

keputusan SPM.

anda dapat keputusan yang gempak?

Tahniah!

ber-enjoy lah buat seketika.

nasihat aku,lepas 2 minggu,anda lupakan sahajalah keputusan anda itu.dah tidak bermakna dah.

tapi ingat perjalanan anda tidak berhenti di sini

buat yang tidak berapa gempak macam diri ku ini,

tidak mengapa masa depan itu cerah lagi.
SPM bukan penentu nya.

Yang penting jiwa kita kena kental dan ingat kepada Allah SWT yang bahawa DIA telah merancang perjalanan hidup kita.


intipati post ini semua ada dalam status tu.

ini pengalaman sebenar. saya sendiri pun menghadapi kesukaran belajar di U 'International Medical University' dan juga di Pre U 'INTEC'

sekian.

P/S Tahniah Sains Tunku Munawir SASER

Tuesday, March 22, 2011

sedih.sebak.sayu



khas buat mereka yang telah pergi.

pagi yang sayu,

hujan gerimis.

entah kenapa.

sebak di dada.

melihat foto,mengenang puisi kenangan

nyawa kita memang rapuh.

sekelip mata sahaja kita boleh meninggalkan dunia ini.

Roh kembali kepada-NYA, yang hakiki.

semoga segala nyawa yang telah kembali ke Rahmatullah sejahtera belaka.

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT; Mohd Ishak Mustapha Kamal

walaupun dapat kenal begitu-begitu sahaja,tapi melihat wajahnya yang tenang mengimbau kenangan.


Amin.

Thursday, March 3, 2011

lepas keluar dari masjid/surau...!?

salam...

bukanlah spesifik lepas keluar dari masjid atau surau...

tapi selepas melakukan ibadah;contohnya solat,baca quran...

secara peribadi bagi aku...

kita akan teramatlah tenang,masalah-masalah yang ada;tension & stress...akan hilang

memang ada perbezaannya...sebelum dan selepas...

kadang-kadang,kita boleh nampak di wajah setiap insan yang ke masjid/surau.

sebelum;muka stress je.tak senyum pun,bila kita tengok pun meluat,buat kita tension juga,

tapi selepas;muka gembira,senyum.bila kita tengok pun kita gembira.I like!

pastu mungkin lepas 2-3 jam masalah-masalah akan datang la balik...biasalah dugaan!

tapi tidak mengapa,kerana ibadah itu dapat dibuat bila-bila...

maka,bila kita stress atau tension...

Ingatlah Tuhan kita kembali yakni Allah,kembalilah kepadaNYA,doalah kepadaNYA,mohonlah kepadaNYA.

DIA MAHA KUASA, pemberi inspirasi...

Allah Maha Besar!

sekian.

Thursday, February 10, 2011

guankanlah bahasa kebangsaan kita...!?

dua post dalam satu malam...

perghhhh

mungkin belum mati lagi blog ini...haha



ilham daripada salah satu cerita Dr. Faisal Tehrani dalam 3 kali seminggu!



kalau pemimpin pun tidak mahu pakai bahasa kebangsaan;BAHASA MELAYU camne kan?

kalau orang-orang besar dalam syarikat lebih julang bahasa penjajah camne kan?

boleh dilihat sewaktu berita nasional di TV...

pergi function sana-sini...pergi majlis berbatik warna-warni....

apa bahasa dia pakai...

Bahasa orang putih...

at least manglish la kan...ada la identiti ke-Malaysia-an

mungkin diorang ada rasional sendiri.mungkin sebab memang dah diorang reti cakap omputih.jadi cakap lah omputih.nak bagi orang-orang yang tak reti B.Melayu ni faham ape diorang cuba sampaikan.

lantaklah.

bahasa orang putih yang kadang-kadang terlampau sophisticated,aku pun tak paham

lebih-lebih lagi kalau cerita dalam sektor ekonomi,terma-terma dia perghhhhhhhhh...langsung tak faham...aku bukan nye belajar pun tapi nak tahu juga la ekonomi negara aku

segan ke nak menggunakan bahasa kebangsaan yakni;bahasa melayu!

takut dipandang hina...

stigma!masyarakat kini...

tidak reti cakap english...speaking~....low class la...x terer la bro...podah!

anda rakyat malaysia anda cakap bahasa melayu ye a.ka bahasa malaysia....

barulah kita saling bersatu!senang berinteraksi...

tak boleh kah cakap bahasa melayu;bahasa rasmi dan kebangsaan Malaysia!

cakap je la kan....

pastu bagi la penterjemah terjemahkan isi kandungan dekat siapa-siapa yang tidak faham...

ala-ala macam kat persidangan PBB tu



eh,bahasa melayu aku pun tunggang-langgang da dalam blog ni..huhu

aku bukan nak menjatuhkan bahasa lain tapi kita kena la ada persamaan~
tiada niat nak menyinggung siapa-siapa...

aku pun tau la sikit2 cakap tamil...yang mengarut la..haha

video video
spot the difference?dalam bahasa melayu nya~nampak tak perbezaan?