Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Saturday, February 20, 2010

wajib tayang...!?

NASIHAT BUAT MEREKA YANG BERLAKON dan Segala Produksi Filem

aku suka tengok filem...

kalau anda kata filem-filem Tanah air tiada standard.Oh, teramatlah senget pemikiran anda.

Kadang-kadang kawan-kawan aku gelak sebab aku layan cerita Tanah Air,cerita yang dibuat orang Asia...bagi,aku mantap!janji aku suka,seronok dan cerita itu ada pengajaran...zasss,aku layan saja!
kau nak gelak-gelaklah...aku peduli apa


aku baru sahaja tengok cerita SETEM dan Papadom dan sedang berusaha untuk menghabiskan
Ketika Cinta Bertasbih.
aku memang selalu tengok cerita lambat-lambat...

Best!Thumbs up!

Tapi satu sahaja aku tidak puas hati...
masa para pelakon berlakon,pergh...punya gila-mantap la para pelakon ini berlakon...berlakon kaw-kaw punya lah..

Ya,memanglah mereka nak bagi penonton macam aku percaya akan lakonan mereka..tapi janganlah sampai ter-over sangat lah...

berpegang-pegang tanganlah,berciumlah, dan bermacam-macam ber-lagilah

Kononnya para pelakon yang berlakon ini nak dianggap professional.

Tapi,aku tgk rata-rata para pelakon yang berlakon ini Islam...tapi tak reti nak bezakan antara adat dan agama...Mana anda letak ISLAM anda!?

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki boleh pula salam pelakon perempuan yang bukan mahram...selamba dek je...saja2 nak berkenalan...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki dan perempuan berpegang-pegang tangan..couple la katakan...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon watak-watak alim...pergh memang alim habis,menghayati watak kononnya...tapi kat dunia sebenar..Hampeh!jeng3,terdedah sana,terdedah sini...hayati watak kejadahnya...kalau benar2 menghayati mesti ada perubahan...

Ini tidak,masa berlakon ada lah nilai2 Islam tu...cth. beri salam...tapi tak tutup aurat...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon nak cerita pasal Iman la,Tuhan la,Takdir la tapi....sendiri pun tak percaya pasal Iman la, Tuhan la, Takdir la...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki dan perempuan pergi disko minum arak...

Ya2,anda boleh kata mereka sedang berlakon...

Tapi ini semua menunjukkan apa???

Budaya apa???

Budaya Melayu kah??

ISLAM kah???

Ini semua cara-cara propaganda BARAT untuk menghipnotiskan minda kita....

Akhir kata...

kubur kita asing-asing...akhirat nanti depan Tuhan Yang Esa pandai-pandai la yer jwb...
aku cuma nak nasihat je...

Salam.

P/S jgn kita ikut orang tapi ikutlah percakapannya.kalau betul apa yang dia cakap maka ikutlah walaupun perbuatannya tidak betul.

Monday, February 15, 2010

akhirnya ia kembali...

Ya Allah.
Alhamdulillah dengan kurniaanMu ia kembali...
Ya,akhirnya semangat ku yang hilang telah ku temui semula...
Alhamdulillah...!?