Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Friday, July 30, 2010

kagum dengan IRAN...!?

aku tidak tahu bagaimana hendak mengenal khabar-khabar berita dari sumber yang sahih tentang Iran...

kebanyakannya asyik mengutuk negara tersebut tetapi bagi aku mungkin hanya propaganda Barat...

tapi aku selalu mengikuti kisah-kisah menarik dari blog ini (Faisal Tehrani)...

majulah Iran...!?

Kegemilangan Islam pasti tiba...!?

Saturday, June 19, 2010

still no hope and change...!?

mungkin aku terlalu mengharap.tapi ia sesuatu yang telah dijangka.setakat health reform je.nobel prize pun dah menang.masalah antarabangsa macam mane?Palestin-Israel?Iraq?Terrorist?Gaza blockade?Iran?mungkin kau hanya boneka..
.


OK!xde hal aku setelkan

hmm...!?israel ke palestin...

sain kontrak jap


Sementara itu di Palestin dan negara-negara yang berlaku peperangan!?
hiba dan pilu


obama kata 'tunggu dulu,rilek kejap bro'


kita pekena teh beer segelas.
Penduduk Palestin berminumkan air mata dan darah

ahhh.sedapnya mandi air laut kata obama.
ahh.hanyirnya bermandikan darah saudara2ku kata penduduk Palestin
ahh.bosannya bermandikan bom dan peluru kata mereka lagi


di akhir hari Palestin dilupakan

obama berkata BYE2!

dan Palestin terus berjuang tanpa bantuanmu.
Bersabarlah saudaraku
Ku doakan kemenangan milik kamu!
Allahuakbar!


kalau dah haram tu haram la...!?

haish.(click ini sebelum baca post ini)

dan sila baca post bola itu bola,judi itu judi.

Allah SWT telah mengharamkan sesuatu benda kerana ada sebabnya, kalau orang yang beriman xyah cari apa sebabnya sebab dia akan taat dengan perintahNYA.

Ya,mmg pelbagai kajian dilaksanakan untuk menunjukkan hikmahnya,tapi kalau dalam kajian tu xde bukti tunjukkan bahawa tiada hikmah,apakah kita tidak perlu taat akan suruhanNYA,jauhi laranganNYA,amar makruf nahi mungkar...

Kita perlu taat!xkira ada hikmah atau xde hikmah.

Kita perlu mencegah!

Cegah dengan hati,cegah dengan percakapan,cegah dengan perbuatan,cegah dengan kuasa yang ada.

Dah kalau ada kuasa, ada kaedah untuk mengharamkan sesuatu tu haramkan la ikut undang-undang seperti yang disyariatkan.

Judi secara keseluruhan tiada faedah!kepada umat Islam atau non-muslim...kawan aku beragama Kristian pun cakap judi ini haram,akan membawa kepada ketamakan katanya.

Judi ni diharamkan kerana orang nak duit cepat secara mudah tanpa usaha.xleh la camtu.nak durian runtuh mesti kerana graviti yakni usaha.bukan bergantung kepada nasib!

Bila dah berjudi mula la akan ketagih,mula2 kata saje2,sikit je...pastu mula la taruh banyak2...gadai sana,gadai sini,hutang sana,hutang sini.

pastu mula la kes ah long bunuh kaki judi ni sebab x bayar hutang.

dan pelbagai masalah lagi.Chain reaction!

Pastu nak buat sistem untuk x kasi orang Islam berjudi tapi terang2 sekarang kita nmpk orang Islam masuk kedai 4D,Magnum...dan mengaku pulak sistem tu bukan bulletproof.

Tapi at least dengan haramkan nampak la usaha untuk wat amar mangruf nahi mungkar.penentuan akhirat nanti ditentukan Allah SWT juga.

Pengharaman judi serta perintah Allah SWT akan membawa kebahagiaan kepada semua,Islam dan non-muslim.

Akhir kata.saya belum matang berfikir, kamu adalah pemimpin.

Kubur masing-masing.

Tapi cuma nak nasihat...

Thursday, June 10, 2010

bola itu bola, judi itu judi...!?

kerana hendak dapat untung, tak nak rakyat dibelit hutang dek pinjam wang dari ah long,lesen judi diberikan...

itulah alasan pihak tertentu,lebih baik memberi lesen agar judi itu dapat 'dihalalkan'...

duit dari sumber yang haram dibuat untuk kebajikan tetap haram...

apakah..!?

JUDI tetap JUDI!

dikatakan lebih baik bagi lesen untuk judi 'halal' daripada judi underground berleluasa...

Ayoyo...

Judi underground tu terjadi sebab benda itu haram,pihak berkuasa tidak benarkan,maka terjadinya judi underground yakni pihak berkuasa mngkin tidak tahu tentang nya maka tidak dapat dibanteras tapi usaha dan pemantauan untuk menghapukan judi underground ini ada dari pihak berkuasa..

dan saya ucapkan syabas!

Tapi..

Kenapa!memberi lesen agar judi 'dihalalkan'
Agar judi dapat menjadi kegiatan terbuka...

manusia tiada hak menetapkan atau menukar hukum Allah SWT yang telah sedia termaklum...

JANGAN JADI ***** !?

kita telah diperintahkan untuk menbenci dan mencegah kemungkaran dan antaranya cara nya ialah dengan kuasa...

jika pihak tertentu ada kuasa maka haruslah digunakan untuk mencegah kemungkaran seperti judi ini...
anda pemimpin kami...
pimpinlah kami ke arah kebaikan!
saya hanyalah budak hingusan...!?

Sekian...

(kepada non-muslim yg membaca, dalam Judi menurut Islam adalah haram perintah Allah SWT)

Sekali lagi...

sebagai peringatan sahaja...

Kubur masing-masing tapi jangan salahkan saya ye di akhirat nnt...!?

Ya Allah!
Jauhkan lah kami dari azab mu...

Saturday, March 13, 2010

c.h.e.n.t.a.!?

a women's heart should be lost in God,that a man needs to seek HIM in order to find her...

c.h.e.n.ta merupakan satu fitrah (homoseksual bukan satu fitrah!?)
c.h.e.n.t.a!? mungkin anda ingat anda tahu apa itu!?
bercouple bukan bererti ber-c.he.n.t.a
c.h.e.n.t.a yang paling agung ialah kasih sayang kita terhadap Tuhan Yang Esa yakni Allah SWT (mengapa kita tidak mencintai Pencipta walhal Dia selalu mengasihi makhluknya,tiadalah pernah Dia melupakan kita hanya diri ini yang sentiasa alpa dan lalai tapi kerana kasih Dia sering memberi peringatan [dalam pelbagai jenis dan bentuk])
c.h.e.n.t.a antara seseorang akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah SWT

satu persoalan.
adakah aku telah memperoleh c.h.e.n.t.a dari Pencipta ku,dari Tuhan ku...
oh,teringin sekali ku ingin memilikinya.
di manakah darjatku di sisi Allah SWT di akhirat kelak...

chinta by MONOLOQUE

kau hadir bila tiba waktunya
tidak diundang tak jua di pinta
walau ku lari namun kau tetap datang jua
keranamu chinta tak mampu menahannya
aku terus mencuba untuk lari dari chenta
kerana perit terasa sengsara tanpa kata kerana dusta

chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh chinta
terasa bahagia
hanya menunggu saat dan tika

aku akan terus melangkah walau tak perlu owh chinta
aku yakin akan agungnya setianya ceritera yang tiada akhirnya

chinta abadi chinta
chinta padanya
chinta satu
chinta selamanya

Saturday, February 20, 2010

wajib tayang...!?

NASIHAT BUAT MEREKA YANG BERLAKON dan Segala Produksi Filem

aku suka tengok filem...

kalau anda kata filem-filem Tanah air tiada standard.Oh, teramatlah senget pemikiran anda.

Kadang-kadang kawan-kawan aku gelak sebab aku layan cerita Tanah Air,cerita yang dibuat orang Asia...bagi,aku mantap!janji aku suka,seronok dan cerita itu ada pengajaran...zasss,aku layan saja!
kau nak gelak-gelaklah...aku peduli apa


aku baru sahaja tengok cerita SETEM dan Papadom dan sedang berusaha untuk menghabiskan
Ketika Cinta Bertasbih.
aku memang selalu tengok cerita lambat-lambat...

Best!Thumbs up!

Tapi satu sahaja aku tidak puas hati...
masa para pelakon berlakon,pergh...punya gila-mantap la para pelakon ini berlakon...berlakon kaw-kaw punya lah..

Ya,memanglah mereka nak bagi penonton macam aku percaya akan lakonan mereka..tapi janganlah sampai ter-over sangat lah...

berpegang-pegang tanganlah,berciumlah, dan bermacam-macam ber-lagilah

Kononnya para pelakon yang berlakon ini nak dianggap professional.

Tapi,aku tgk rata-rata para pelakon yang berlakon ini Islam...tapi tak reti nak bezakan antara adat dan agama...Mana anda letak ISLAM anda!?

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki boleh pula salam pelakon perempuan yang bukan mahram...selamba dek je...saja2 nak berkenalan...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki dan perempuan berpegang-pegang tangan..couple la katakan...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon watak-watak alim...pergh memang alim habis,menghayati watak kononnya...tapi kat dunia sebenar..Hampeh!jeng3,terdedah sana,terdedah sini...hayati watak kejadahnya...kalau benar2 menghayati mesti ada perubahan...

Ini tidak,masa berlakon ada lah nilai2 Islam tu...cth. beri salam...tapi tak tutup aurat...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon nak cerita pasal Iman la,Tuhan la,Takdir la tapi....sendiri pun tak percaya pasal Iman la, Tuhan la, Takdir la...Hampeh!

Ini tidak,masa berlakon pelakon lelaki dan perempuan pergi disko minum arak...

Ya2,anda boleh kata mereka sedang berlakon...

Tapi ini semua menunjukkan apa???

Budaya apa???

Budaya Melayu kah??

ISLAM kah???

Ini semua cara-cara propaganda BARAT untuk menghipnotiskan minda kita....

Akhir kata...

kubur kita asing-asing...akhirat nanti depan Tuhan Yang Esa pandai-pandai la yer jwb...
aku cuma nak nasihat je...

Salam.

P/S jgn kita ikut orang tapi ikutlah percakapannya.kalau betul apa yang dia cakap maka ikutlah walaupun perbuatannya tidak betul.

Monday, February 15, 2010

akhirnya ia kembali...

Ya Allah.
Alhamdulillah dengan kurniaanMu ia kembali...
Ya,akhirnya semangat ku yang hilang telah ku temui semula...
Alhamdulillah...!?

Thursday, January 21, 2010

pre and post duit scholar masuk...!?

masa zaman dahulu kala ketika diri ku ini mentah dengan dunia yang pentingkan wang, mak saya mengajar saya untuk menabung...

mula-mula

10 sen

pastu 50 sen

naik jadi RM 1.00

dan kadang-kala tersimpan juga duit kertas berwarna merah...

mak saya pesan sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

kawan saya pula berkata perlahan-perlahan kayuh...

Oh,rindunya zaman kanak-kanak dulu...

Ini merupakan kisah para pelajar yang ditaja...

hendak dipendekkan cerita.

bila hendak mula awal semester baru sahaja, mulalah orang tanya biasiswa dah masuk atau belum?

Bila belum masuk (Pre-duit scholar masuk)

kita maki-hamun penaja...(saya mengaku,saya juga kadang-kala begitu)

tapi

kadang-kala

saya pun hairan?
duit yang lepas-lepas sudah habiskah?
bagi saya bukannya sedikit duit yang diberikan...
sekali lagi Alhamdulillah!

Satu persoalan

biasanya mereka yang mendapat biasiswa ini akan hidup di perantauan.
jadi seharusnya perlulah berjimat-cermat....
sebab bagi golongan yang ingin menerbangkan diri mereka ke negara lain.Negara yang terletak nun jauh dari keluarga.Insya-Allah akan tercapai.Amin!
So,mungkin agak sukar untuk dapat bantuan financial jika duit sudah abes...

Jadi kalau tak mampu mengawal perbelanjaan di sini...
Adakah mampu mereka ber-saving di sana?

Itu sahaja...

Post-duit scholar masuk

Semua ucap alhamdullilah dan terima kasih kepada penaja!

Monday, January 18, 2010

dan kita bergelak sinis....!?

Ini hanya satu peringatan...(penulis bukan seorang yang sempurna harap jgn dimaki dan dicaci)

Ya,apabila statistik-statistik pasal orang Melayu, tambahan beragama Islam yang membuat kesalahan-jenayah.Dari meragut,sumbang mahram,merempit,merogol,Black Metal,kencing atas kitab suci,bakar Kitab suci dan pelbagi 'me' lagi lah.Teramatlah banyak.Tiadalah jari-jemari ini sanggup untuk menulis....sedih!

Tapi bagi kita(bangsa Melayu-Islam) tidak terkejut langsung, ianya seperti lumrah di Malaysia zaman kini.Aku mengakui aku pun tidak terperanjat...

TAPI...

Apa yang kita buat apabila kita dengar bahawa orang Melayu-Islam buat jenayah paling banyak...(majoriti)

Kita bergelak...
Kita ketawa sinis....
muahahhaha...!?

dan kita sedar bahawa mereka yang terpengsong itu bangsa kita sendiri dan beragama Islam....(majoriti)

dan sekali lagi...

Kita bergelak...
Kita senyum sinis...
muahahhaha...!?ini mungkin bukan ketawa sinis

dan lagi sekali kita sedar bahawa mereka yang terpengsong itu bangsa kita sendiri dan beragama Islam(majoriti)

aku mengakui kadang-kala aku pun begitu...ketawa sinis...

Tapi...

Adakah kita ada muhasabah diri...
Tanya kepada diri,dosa apakah yang aku telah lakukan hari ini...
bagaimana aku ingin mengajak rakan ku ke jalan yang benar...
Tepuk dada tanya selera...

Ini hanya satu peringatan...

Jangan kita asyik bergelak sinis atas kesalahan orang,ingatlah kita pun ada dosa...

Usaha berterusan perlu dibuat untuk mengajak rakan-rakan yang lain ke Jalan Ilahi...

Sekian...

Tuesday, January 12, 2010

satu hari nanti tembok itu....!?



Ya, satu hari nanti tembok-tembok yang mengelilingi Palestin akan pasti runtuh.
Ya,tembok-tembok yang menghalang dari kemasukan bantuan...
Ya,tembok-tembok punca kematian saudara-saudara ku...
Ya,mungkin bukan hari ini,mungkin bukan esok,bukan juga lusa...
Tapi ia akan runtuh...PASTI!

Ya,tembok pemisahan dan neraka itu akan ditukar dengan keamanan!?

Di saat itu kemenangan akan dikecapi,mungkin bukan kejayaan terbesar...tapi ia satu kejayaan...

Ku berdoa!

Marilah sama-sama kita berdoa...

Berjuanglah saudara-saudara ku...!?

Tembok-tembok itu akan diruntuhkan seperti mana Tembok Berlin telah runtuh...!?

Ya,satu hari nanti,kos pembinaan dan penjagaan tembok itu akan memakan diri...

Apakah kita ingin tunggu saja,bersabar,dan lihat...!?

Atau membuat sesuatu yang aku juga tidak pasti....

Tapi tindakan perlu diambil....something must be done!?