Apabila kita mendapat ilmu yang bermanfaat maka tukarlah perspektif pemikiran kita.!?
Dahulunya,aku juga berteriak 'Hidup Melayu!'Tapi sekarang tidak lagi,bukannya aku tidak sayang akan bangsaku.Sayang sangat,aku pun nak lihat bangsaku maju.Maju bersama-sama bangsa lain .Itu sahaja yang aku harapkan.Tapi diriku rasakan perjuangan itu tidak lagi relevan.Cintaku terhadap Islam lebih dalam daripada bangsaku.Aku lihat sana,sini gaduh.Kaum yang ni gaduh dengan bangsa tu.Racist!?Apa gunanye!?-Ade bawa ke arah kebaikan-TIDAK!Jadi mengapa kita racist,mengapa perlu assabiyyah!?Ini semua hanyalah propaganda pihak tertentu.Jauhilah segala bentuk assabiyyah-rasisme,nationalisme/wataniah!?
Adakah kau lupa bagaimana Islam mentadbir dulu.Ya,Islam pernah menguasai dunia satu masa dahulu.Semua bangsa hidup dalam keadaan yang aman dan adil.Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom,
Indahnya di waktu itu.Kalau boleh diriku ini ingin hidup di zaman itu.Tapi ALLAH menghidupkan aku di zaman ini.ALLAH MAHA MENGETAHUI.Kita boleh lihat bagaimana racun nasionalisme dan patriotisme yang menular dalam badan, maka muncullah perjuangan untuk memerdekakan diri sebagai satu bangsa bagi menubuhkan negara sendiri yakni negara yang berdiri atas asas bangsa.Cth,Turki!?
Mari kita lihat kenapa assabiyyah(rasisme/nationalisme/wataniah)tidak dibenarkan dalam Islam.
Sabda Rasullullah SAW,
bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah berperang atas dasar assabiyyah dan mati(mempertahanka)assabiyyah
Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, wahai kaum muslimin,ingatlah kalian kepada Allah,ingatlah kalian kepada Allah!Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah,padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian.Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam,memuliakan kalian dengannya,memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian,menyelamatkan kalian darikekafiran dan satukan hati kalian..Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain.
Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal,enkau anak orang hitam.Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, 'engkau sudah melampau wahai Abu Dzar.Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibuyang hitam' Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya
Saudara/saudari
Cintailah Islam.Takbir.Marilah kita bernaung di bawah satu kalimah.SYAHADAH!
No comments:
Post a Comment