Thinking about...

Saturday, October 25, 2008

purpose!?

Kita tak boleh pilih cara kita mati tapi boleh pilih cara kita nak hidup!?
Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
Ada yang kata :
1)Aku hidup untuk kemegahan
Ada gak yang cakap :
2)Aku hidup untuk kuasa
Dan yang paling biasa :
3)Aku hidup untuk penuhi kehendak nafsu aku(makan,minum,rehat,kerja,berasmara-dana,beli-belah)
Dan jawapn yg paling dayus : 'Aku x ingin dilahirkan ke dunia ini'

Kalau anda juga jwb YA! aku hidup untuk kesemua ini.Lihatlah analogi kehidupan anda :
1)Kemegahan-anda ibarat seekor burung merak.Yang megah dengan kecantikan(suke show-off) tetapi anda perlu ingat itu sahaje kelebihan anda.Tiada teman,hanya keseorangan,kesunyian.kerana anda tiada kawan yg sejati(mane ade orang nak kawan dgn orang yang sombong and selfish)..Ishx2..Kesian diri anda!?
2)Kuasa-anda seumpama kucing jantan.Di mana anda kencing merata-rata untuk menandakan kawasan anda.Menunjukkan kekuasaan anda..ishx2..ape la kencing ntah mane2 je
3)Penuhi nafsu-anda ibaratnye seekor kambing...di mana apabila keluar kandang anda berfikir untuk makan,untuk mencari kambing lain untuk buat proses 'reproduction'..kambing mane pernah fikir 'hari ini aku akan jadi lebih baik dari semalam'Kehidupannya sama sahaja...Bile nak kena sembelih pun asyik pikir makan je...ishx2...kesian!

Jadi apa sebenarnya tujuan kita hidup!?Mudah je jawapan nye tu :
'Tidak Aku(ALLAH) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mengabdikan diri(beribadat) kepadaKu' (al-Zariyat 51:56)

Ada la pulak orang tanye :
'jadi aku perlu duduk dalam masjid jelah bertafakur,berzikir,ngan solat'

Tidak,Islam itu merangkumi semua aspek kehidupan...Jikalau anda lakukan sesuatu itu kerana ALLAH maka anda sedang beribadat...cth-masuk tandas anda baca doa,tutup ubun2 kepala....nak tidur anda bace doa,tidur ikut cara Rasulullah S.A.W......semua perbuatan yang dilakukan berlandaskan al-Quran dan sunnah semua tu ibadat...

Ade jugak yang cakap gini :
'Aku dah sembahyang fardu lima waktu sehari semalam,kiranye aku dah beribadat'

Tidak dinafikan solat itu tiang agama...tapi kalau anda lakukan solat sahaje x cukup...ibaratnye anda kata kepada ALLAH : 'aku dah solat subuh ni,zohor nanti kita jumpe lagi'
Ingatlah bahawa ALLAH melihat semua perkara yg anda lakukan...jadi sepanjang mase kite perlu beribadat!

Ade gak yang cakap :
'Aku dah wat sume Rukun Islam...Jadi dah lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang muslim'
Belum lagi..Islam itu merangkumi semua aspek...kalau akhlak anda masih teruk,pun x guna jgk kan?

Akhir kate...Kita Hidup Untuk Beribadat Kepada ALLAH! TAKBIR...

dipetik daripada Abu Saif/saifulislam.com

No comments: