Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Saturday, April 28, 2012

a day before BERSIH 3.0

salam.

sehari sebelum BERSIH 3.0, seharian suntuk melihat post di Facebook. 
ingin melihat berapa ramai yang post pasal ini atau yang ada kaitan.
mungkin ramai sahaja yang ingin post kan status mereka tapi ragu-ragu dan mungkin juga takut dilabel nanti.

antara post yang sempat saya copy dan paste sehari sebelum BERSIH 3.0 

1. tersentak apabila mendengar seorang sahabat berkata 'sangat mudah untuk mngumpul orang berhimpun utk BERSIH tetapi sukar sungguh mengumpul jemaah bersama2 utk solat SUBUH berjemaah bersama'... (memang meng-zreet-kan hati) 

2. the future's not ours, to see.....what will be, will be (seems to be related)

3. Duduk bantah, Sujud mohon

Ayuh pemuda2 sekalian!

Kita sayangkan Palestina, ia milik Ummah.
Kita sayangkan negara kita, ia milik kita.
Kita sayang Islam, kerana kita milik Allah.
Anda sayang saudara di Palestina, Syria dan Timur Tengah, Anda juga perlu sayang kepada saudara dan ahli keluarga di Malaysia!

Bersih, Bersihkan Hati juga. :)

4. Remember, at this historical moment, Daddy chose to stand with this YELLOW crowd, not for any other reason, but just to let you have a better country! 

5. What is tomorrow's Bersih 3.0 all about? Somebody pls enlighten me. Convince me and I promise to ponteng tomorrow's lecture and go join Bersih.

6. best cerita ni. kalau tak sokong BERSIH pun, baca jah.insyaAllah ada pengajaran :)

7. Bersih 3.0 bodoh...

8. Kepada ikwah fillah, sahabat fillah dan teman-teman yang ikut serta BERSIH 3.0 besok, bermobilisasi lah anda dengan sebaiknya dalam menuntut yang keadilan. "Berlaku adillah kamu. Sesungguhnya ia lebih hampir untuk mencapai taqwa. (Al Maidah : 8)"

Tunjukkan akhlak Islamiyyah yang indah dan benar, insya'Allah, Allah bersama orang-orang yang benar..

 9. SUBJEK: BERSIH 3.0

Salam.

Kepada rakan-rakan se-Islam yang amat saya kasihi dan hormati. Jika anda tak hadir bersama-sama kami dalam Perhimpunan Bersih besok, maka hadis ini dengan cantiknya mencadangkan antara perkara yang baik untuk anda lakukan di rumah. Yakni;

Doakan kesejahteraan kami. Walaupun tanpa kami ketahui. Walaupun dalam diam.

Kami mahu buktikan Islam berdiri atas paksi keadilan.

Terima kasih ;-)

"Orang Muslim yang mendoakan orang lain secara diam-diam, akan disambut oleh malaikat dengan berkata: Semoga untukmu juga."
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

10. kalau xboleh pegi,tlg derma,
kalau xboleh bagi derma,tlg promo,
kalau xboleh promo,tlg doa
terima kasih kepada pihak PDRM yg dilihat sedikit berlembut dalam Bersih 3.0..=)

11. Dalam menghadapi isu semasa yg menggoncang keimanan,org yg bertaqwa perlu bersabar utk terus mencari kebenaran,dan Petunjuk hanya dtg drpdNya. Yang Haq tetap Haq.

Jangan dipedulikan provokasi-provokasi tanpa dangkal yang melemahkan. Teruskan, kerana yang memprovokasi itu juga yang bakal merasai nikmatnya selepas ini.Ayuh~

Jangan cakap sahaja kalau sudah terbiasa dengan Berita TV3..
Jangan cakap sahaja kalau sudah terbiasa dengan hidup yang selesa..
Jangan cakap sahaja kalau tidak tahu apa-apa..
Jangan cakap sahaja kalau hanya pandang kebaikan sebelah mata..

Jangan cakap sahaja kalau tidak menjadi saksi kebenaran..
Jangan cakap sahaja kalau takut berdepan dengan perjuangan..
Jangan cakap sahaja kalau tidak berani bertanya depan-depan...
Jangan cakap sahaja kalau hanya tahu suratan ugutan..(rasanya ada berkaitan juga dengan BERSIH 3.0)


12. saya hanya seorang yang observasi maka pemikiran mungkin seperti lalang...
dengarlah semua pihak berhujah,itupun jika jujurnya dan tiada retorik politikalnya...
fanatikal boleh membutakan...

P/S Bersih 3.0 Duduk dan Bantah makin hampir.

dan ada juga satu dua yang sekadar sarkastic yang saya tidak paparkan...
dan jumlahnya adalah 12 posts daripada 462 termasuk diri saya 

Sekian.
just to remind
Raw Political Power in the hands of those who have no need of it themselves will be used for the good of the many
-Hussein Abdul Hamid-

and yes i won't be joining XD
Hati berbelah bahagi..huhu

 

Monday, April 23, 2012

time to clean up our act...

salam

Saya kagumi mantan perdana menteri kita yakni Dr. M.

Lantang.

Tapi kadang kala sayang tidak kena tempat dan mungkin salah pemikiran.

Masing-masing ada pendapat sendiri.

Saya kagumi keberanian beliau ketika saat Dasar Pandang Ke-Timur diadakan.

Dr. M kata buat apa pandang mereka yang jauh di barat sana.

Jepun, negara yang di-bom atom kan sebanyak dua kali dapat bangkit, dan baru-baru ini gempa bumi yang amat dahsyat pun Jepun dapat bangkit.

Betapa disiplinnya Jepun ini.

Kita Malaysia,rakyatnya minta maaf saya ingin katakan,mentaliti masih di takuk yang lama.

Maaf bukan di takuk yang lama,dahulu sewaktu nenek moyang kita,saya rasa kesedaran sivik,nilai-nilai moral masih lagi diterapkan dalam jiwa dan disemaikan melalui kudrat badan.

Kita boleh lihat sendiri nilai-nilai kita.Tiada disiplin

Buang sampah di sana-sini, tong sampah penuh!jamban toksah nak habaq la...

mungkin anda kata ini benda yang kecil tapi jika benda kecil pun tidak dapat nak buat apatah lagi benda-benda besar.

fikir-fikirkanlah!

Satu perkara lagi, saya perhatikan kita ini terlalu agungkan sistem Barat,ideologi mereka (yang kadang-kala ntah apa-apa) cakap pasal pendidikan kita tengok Barat,cakap pasal sistem pemerintahan kita tengok Barat.

Kita sudah 55 tahun merdeka,tapi minda kita tetap terjajah.

Apa, kita ni tidak bijak kah?

untuk fikirkan sistem kita sendiri?

our own blend of things?

our own brand!

Oh,people i think it is time to clean up our act...

P/S tapi mestilah berdasarkan al-Quran dan hadith.

sekian

Tuesday, April 17, 2012

provokasi minda...!?

salam

saya amat gerun melihat politik di negara saya sekarang ini.

perubahan drastik yang amat sangat.

tapi yang saya amat gerunkan ialah siapa akan pimpin kita di masa depan nanti.

saya bukan ingin mengatakan di masa terdekat ini,yakni selepas PRU ke 13

tapi sebenar-benarnya di masa hadapan nanti.

cuba bayangkan pemimpin sekarang seperti Tuk Guru Hj Hadi, Tuk Guru Nik Aziz, Dr. M, PM 1Malaysia, DSAI kembali ke rahmatullah.

bukan hendak doakan, tapi kematian itu pasti...

siapa selepas mereka yang akan memimpin kita...

Hishamuddin,KJ....

dan siapakah selepas mereka

Adam Adli kah?

bagi saya, selepas barisan pertama ini yang disebut diatas saya tidak melihat siapakah yang berkaliber memimpin...

oleh itu, ini amat menggusarkan saya.

anda bagaimana?

mungkin amat benar, anak muda tidak pedulikan politik atau mungkin peluang untuk anak muda itu amat tertutup.

AUKU kah patut dipersalahkan mahupun pindaan telah dibuat??

maka saya rasa tanggungjawab dan peranan anak muda seperti kitalah nanti yang akan memupuk pemimpin...

mungkin membina diri kita menjadi seorang pemimpin atau mungkin juga membina pemimpin untuk generasi akan datang!?

sekian.

Sunday, April 1, 2012

benda yang baik amat eloklah diikuti...

salam.

seperti tajuk yang tertera, benda yang baik amat eloklah diikuti

maka yang buruk amat eloklah dijauhi

tidak perlulah mengeluarkan kata-kata seperti (tidak kiralah dalam hati atau melalui mulut) ;

'dia tiru aku'

bukankah Islam itu sendiri membawa kita ke arah kebaikan...

ingatlah kebaikan itu sebenarnya bukan milik kita tapi kurniaan dari Nya.

dan yang paling molek sekali ikutlah sunnah yang dianjurkan Rasullulah SAW.

=)