Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Thursday, September 17, 2009

hujan di akhir Ramadan...!?


gambar ini hanya sebagai hiasan!

akhir-akhir ini hujan ...!?
membuat aku berfikir...
adakah alam sedang menangis di kala Ramadan akan capai tamatnya dan Syawal akan muncul!?
air hujan mendayu-dayu mengalir...huhu
adakah alam sedang bersedih sedang Ramadan kian berlalu dan Syawal menanti selepas itu.
dan dimanakah kita-manusia...
atau adakah alam ini menangis sedih manusia tidak mengambil kesempatan meningkatkan iman dan pahala...
dan surau-surau kian sunyi mungkin ramai yang pulang ke kampung kembali
tapi ingat...
hidup ini hanya sekali;
sudah mati;
tiadalah kembali;
hanya di bawa iman ke kubur nanti
Ramadan juga setahun sekali...
kalau terlepas;dapatkah kita berjumpa ia lagi??...

apakah kita bersedih???
lebih baikkah Ramadan kita dari yang lepas???


seperti gambar ini...
harapnya selepas Ramadan,usaha kita tidak berhenti
sentiasa mekar,bercambah menjadi indah berseri!

di kesempatan ini ingin saya ucapkan apabila 1 Syawal menjelma

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN =)

Friday, September 4, 2009

Wo Ai Ni Allah...!?


- terbaik ^_^ -

selesai lah sudah aku membaca satu buku bertajuk Wo Ai Ni Allah
membuatkan ku sedar tentang perjalanan mencari dan mengenali Allah
merupakan satu perjalanan yang berterusan,tiada hentinya
percarian nya yang terbaik adalah melalui mata hati
bukan sekadar tuntut ilmu
Sempena Ramadan ini,ku harap diberi rahmat dan keampunan dari Yang Maha Esa!
seperti juga ku harapkan kepada mereka yang membaca ini.
doakan!
Amin...


aku akhiri dengan penulisan ku ini;

Kenapa aku bukan engkau
Kenapa engkau bukan dia
Kenapa dia bukan mereka
Kenapa mereka bukan kita

aku ini siapa!?
Ternyata sekali bukan engkau
engkau itu siapa!?
tentu sekali bukan aku

Ya,memang tiada persamaan
Tapi hakikat nyata kita adalah serupa sebenarnya
Kenali diri maka dekati Tuhan
kenali alam kenali pencipta-Nya

Hatta,siapa aku
Aku tetap aku

Tetapi pemilik badan ini bukan aku
aku ternyata hamba-Nya,milik-Nya
Segalanya milik-Nya
Itulah hakikat nyata yang serupa

Hatta jelaslah sesuatu perkara itu
Kaburlah segelintir yang lain
Tidak jenuh mendalami.mengisi lopak-lopak kekosongan
Oh,indahnya manusia itu kerana sujud kepada Tuhan!