Thinking about...

Let's Pray Before Our Soul Is Taken!?

Thursday, November 26, 2009

stesen radio yang hampeh...

Terlebih dahulu ingin mohon maaf jika terkasar bahasa
...dan ini bukan satu pencacian...
tapi satu peringatan!?

dan sedang aku membawa kereta kakak ku bersiar-siar...maka radio di buka...selalunya siaran radio kegemaran aku ialah 'X' (bukan nama sebenar saluran radio tersebut)

tapi ade satu je segmen dalam radio ni yang aku x suke yakni segmen 'Abg Cinta'(bukan nama segmen yg sebenar)

memang teramat-amat lah hampeh...

teramat-amat lah hampeh....

ama lah hampeh...

lah hampeh...

hampeh...

...

bodoh!?

dan kebetulan pada hari aku sedang memandu kereta dengan hemahnya...

darah aku semakin mmbuak-buak...mendidih....pedih telinga ni dengar...

dalam perjalanan ucapan 'bodoh-bodoh' terpantul keluar...

hatta:

beginilah ceritanya...(yang aku dengar kat radio)

dan satu couple dalam krisis,

dimana yang saudari yang bertudung ni kata dia bila keluar dgn teman lelakinya(ke gig/konsert)...

dia kena bukak tudung...lalu dibukalah hijabnya/tudungnya...atas alasan apa..sebab sayang sangat laki dia...sebab laki dia suruh.....bodoh!?

laki yang dayus ni kasi alasan bahawa x sesuai la kalau bwk perempuan bertudung pergi gig/konsert...malu la kut....x cool katenye...

lebih kurang cm2 la sinopsis nya..

Terdapat beberapa soalan kenapa aku kate bodoh!?

1)kenapa perempuan ni pakai tudung sebenarnya....kalau sayang kan Allah SWT,nak jadi hamba yang taat dan kasih terhadap-Nya mesti la ikhlas x kan bukak tudung sewenang-wenangnya...
dapat lihat di sini bahawa saudari tersebut lebih sayangkan lakinya dari Tuhan nya...kesian...bodoh!?

2)pengacara radio sebagai medium spttnya bimbing mereka ini ke jalan yang benar...patut betul kan niat perempuan tu kenapa dia pakai tudung...sedarkan dia... ni tidak..sungguh2 pergi promote...yang dia bukak tudung sebab dia sayangkan laki dia...bodoh!?

3)lelaki yang dayus...bodoh!?...patut bimbing dia ke jalan yang benar...biarkanlah dia bertudung..tapi kononnya malu dekat orang ramai...nnt akhirat nnt malu la kat Allah SWT...

4)diri aku sendiri sebab cakap org lain bodoh...walhal aku ni bukan bijak sgt pun....ptt nye beristighfar...

sekian dari diri ku yang ku rasa masih jahil dan bodoh....

Thursday, October 22, 2009

nota buat sendiri...masa!?

NOTA BUAT DIRIKU SENDIRI-NOTA PENYESALAN!?

kadang kala ingin sahaja masa berlalu dengan pantas
kadang kala ingin sahaja ia berlalu dengan lambat

dan hari ingin ku rasa kan kedua-dua nya
dan ku menyesali masa-masa yang telah berlalu
tanpa aku berbuat faedah...!?
teramatlah menyesal Align Center
ingin sahaja menjerit agar ia datang kembali
tapi apakan daya masa bukan milik ku
di luar kuasa manusia
hanya Tuhan yakni Allah SWT memiliki nya

hari ini terasa sesuatu di hati
tapi tidak tahu kenapa dan mengapa
*pening!?*

otak..ku harap kau jangan mati akal
hati...ku harap kau jangan putus asa
sampai bilakah aku perlu bertahan
dapat kah aku bertahan...
ingin sahaja aku menangis pada hari ini...
ingin sahaja aku menjerit.memaki.
tapi aku tahu Tuhan ada bersama.memerhati!

Ya Tuhan,berikanlah kekuatan buat hambamu ini untuk meneruskan saki baki hidupnya!?

Kiamat itu pasti!?




Tuesday, October 13, 2009

Goodbye kasut-saat menunggu masa...!?


saat menunggu masa...
belum dibuang kerana tiada kasut untuk bermain nanti...


huhu...
kasut ku semakin reput...
dimamah usia...
dijamah tar hitam
dimakan tanah merah dan perang...
tapaknya lusuh
hitam dan kehausan...
mungkin kerana aku,tuannya tidak reti menjaga
hanya menuggu saat...
saat yakni ia akan dibuang...
walau aku tak rela...
tapi apakan daya...
tapi ku tahu bahawa ia telah berjasa....

satu persoalan!?
tapi adakah badan aku ini telah berjasa...!?
di atas Bumi ciptaannya...
badan yang semata-mata pinjaman buat seketika
apakah aku telah menjaganya...
apakah hati ini hitam dan lusuh
atau
jernih dan segar...

telah berjaya kah aku di dunia ini...
selamatkah aku di akhirat nanti....

apakah di saat aku telah tiada...
dimamah Bumi yang nyata...
lalu ia berkata-kata...

wahai manusia,engkau berlari-lari di atas belakangku,tempat kembalimu adalah di dalam perutku

engkau melakukan maksiat di atas belakangku,engkau akan disiksa di dalam perutku

engkau ketawa di atas belakangku,engkau akan menangis di dalam perutku

engkau bergembira di atas belakangku,engkau akan bersedih di dalam perutku

engkau mengumpulakn harta di atas belakangku,engkau akan menyesal di dalam perutku

engkau memakan yang haram di atas belakangku,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku

engkau sombong di atas belakangku,engkau akan menjadi hina dalam perutku

engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku,engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita

engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku,engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku

engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku,engkau akan menjadi sendirian didalam perutku

tidak terkata...
terkelu lidah sementara...
ku pohon Ya Allah...matikan lah aku dalam keadaan imanku masih ada!?

Thursday, September 17, 2009

hujan di akhir Ramadan...!?


gambar ini hanya sebagai hiasan!

akhir-akhir ini hujan ...!?
membuat aku berfikir...
adakah alam sedang menangis di kala Ramadan akan capai tamatnya dan Syawal akan muncul!?
air hujan mendayu-dayu mengalir...huhu
adakah alam sedang bersedih sedang Ramadan kian berlalu dan Syawal menanti selepas itu.
dan dimanakah kita-manusia...
atau adakah alam ini menangis sedih manusia tidak mengambil kesempatan meningkatkan iman dan pahala...
dan surau-surau kian sunyi mungkin ramai yang pulang ke kampung kembali
tapi ingat...
hidup ini hanya sekali;
sudah mati;
tiadalah kembali;
hanya di bawa iman ke kubur nanti
Ramadan juga setahun sekali...
kalau terlepas;dapatkah kita berjumpa ia lagi??...

apakah kita bersedih???
lebih baikkah Ramadan kita dari yang lepas???


seperti gambar ini...
harapnya selepas Ramadan,usaha kita tidak berhenti
sentiasa mekar,bercambah menjadi indah berseri!

di kesempatan ini ingin saya ucapkan apabila 1 Syawal menjelma

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN =)

Friday, September 4, 2009

Wo Ai Ni Allah...!?


- terbaik ^_^ -

selesai lah sudah aku membaca satu buku bertajuk Wo Ai Ni Allah
membuatkan ku sedar tentang perjalanan mencari dan mengenali Allah
merupakan satu perjalanan yang berterusan,tiada hentinya
percarian nya yang terbaik adalah melalui mata hati
bukan sekadar tuntut ilmu
Sempena Ramadan ini,ku harap diberi rahmat dan keampunan dari Yang Maha Esa!
seperti juga ku harapkan kepada mereka yang membaca ini.
doakan!
Amin...


aku akhiri dengan penulisan ku ini;

Kenapa aku bukan engkau
Kenapa engkau bukan dia
Kenapa dia bukan mereka
Kenapa mereka bukan kita

aku ini siapa!?
Ternyata sekali bukan engkau
engkau itu siapa!?
tentu sekali bukan aku

Ya,memang tiada persamaan
Tapi hakikat nyata kita adalah serupa sebenarnya
Kenali diri maka dekati Tuhan
kenali alam kenali pencipta-Nya

Hatta,siapa aku
Aku tetap aku

Tetapi pemilik badan ini bukan aku
aku ternyata hamba-Nya,milik-Nya
Segalanya milik-Nya
Itulah hakikat nyata yang serupa

Hatta jelaslah sesuatu perkara itu
Kaburlah segelintir yang lain
Tidak jenuh mendalami.mengisi lopak-lopak kekosongan
Oh,indahnya manusia itu kerana sujud kepada Tuhan!

Saturday, August 1, 2009

Terima Kasih Ya Tuhan...!?

AMARAN;ini merupakan post yang AMAT BERGUNA!?

h1n1...huhu!?
aku demam baru2 ni...semua simptom2 ade..haha
jgn gusar,aku dah gi klinik-demam biase je-
haha
walaupun demam biase tapi bagi aku macam kronik la...
macam nak mati
huhu..
itulah kekuasaan Allah SWT
tu baru sikit je...
untuk ingatkan aku yang sering lagha ini
ingin ku katakan;
buat mereka yg ditimpa kecelakaan atau kesakitan..
ingatlah ade sebabnya

Sama-samalah kita ucapkan
alhamdulillah...
Terima Kasih Ya Allah akan kesakitan dan kepayahan yang kau berikan pada ku ini...
sesungguhnya telah acap kali aku melupai Mu...
hampir saja ku menyimpang,tapi Kau selamatkan aku
membawa aku ke arah yang benar...
dengan kesakitan ini aku kembali kepada Mu...
dengan kesakitan ini aku ingat kepada Mu...
dengan kesakitan ini ku sujud Ya Allah Tuhan Sekalian Alam
kepada Kau lah aku berserah!?

Thursday, July 23, 2009

metamorphology chronology...!?


AMARAN:ini mungkin post yang berguna!?

metamorphosis; a process by which somebody/something changes into somebody/something completely different!?

chronology; the order in which a series of events happened
-[obviously changing into something good not bad]-

thinking about it...
what will the process be like!?
for who the metamorphosis is done!?
exactly what will i morph into!?

should i
or the main question
could i or couldn't i
change!?


yet..
a change is a must
changes make the differences
it takes time
i know
still
i want it...
i'll wait for it...
i'll hope for it...


Hoping and waiting

that the chronology behind metamorphosis will lead to a new beginning
Re-birth!?
start again,perhaps
for those who are in the metamorphology chronology stage...

a long journey with different path lies ahead
but
THE BEST IS YET TO COME
insya-Allah!?

Thursday, June 18, 2009

bagaimana sahabat aku nyaris jadi seorang komunis!?

WARNING!?;INI BUKANLAH TENTANG IDEOLOGI KOMUNIS!?

ini kisah bukanlah penipuan tapi bukan juga kebenaran kerana terdapat sedikit unsur pertukaran!?hakikatnya ade ikhtibar disebalik kejadian

kisah ini terjadi antara 1990-2003...lebih kurang la
waktu ini tiadalah anasir2 komunis lagi di tempat tinggalnya
hatta;terdapat seorang yang minat akan sejarah
lalu semasa di sekolah menengah semasa subjek sejarah
terdengar dia akan perkataan komunis
bukanlah,dia tertarik akan keganasan yang dilakukan komunis itu
tapi idea di sebalik komunis itu
darah nya masih muda;rebellious.Sifat ingin tahu terlalu tinggi!
kisah-kisah Che Guevara,Stalin,Fidel Castro menarik minatnya
hmm...
di bukanya,di kajinya segala tentang ideologi ini
hmm...
menarik katanya
dikatakan apa yang menarik tentang ini ialah kesama-rataan

jika dibuka wikipedia sekarang ertinya juga same seperti ini;

is a socioeconomic structure and political ideology that promotes the establishment of an egalitarian, classless, stateless society based on common ownership and control of the means of production and property in general.

anda perlu faham;
ketika itu zaman pergolakan...
krisis di mata anak muda yang masih hingusan
terdapat status yang berbeza-beza
ada yang Kaya ada yang Sederhana ada yang Miskin
maka kelirulah dia...
tidak puas hati lah dia
inginlah dia mencari sistem yang sesuai bagi menyelesaikan kemelut di hati
perlulah dikatakan bahawa dia ini agak jahil agama

hatta;dijumpainya ideologi komunis...

dipendekkan cerita...dia temui agama Islam
dapatlah dia hidayah
belajarlah dia..
yakinlah dia bahawa Islam itu unggul
lama-kelamaan ideologi komunis itu tiada lagi dalam dirinya
walaupun ia amatlah menarik baginya



kerana dia tahu Islam itu tentang kesama-rataan
bukan dari segi harta tapi dari aspek nilai manusia itu
manusia ini semua sama taraf di sisi Allah...tiada lah bangsa yang lebih mulia dari bangsa lain
hanya yang membezakan adalah amalan
Islam itu sendiri promosikan kesederhanaan
Islam tidak menghalang anda ingin menjadi kaya tapi jgnlah hingga kufur nikmat
Jika anda Kaya dan faham apa itu Islam sudah tentu anda akan faham tanggungjawab anda dengan orang Miskin...
bantulah mereka...
Bersedekahlah!?

maka jika bersedekah...secara tidak langsung orang Miskin dapat jadi orang sederhana dan mungkin jadi kaya

akhirnya;semuanya bergantung kepada hati...

Monday, June 1, 2009

bagaimana bola sepak mengajar aku...!?

at last keangkuhan Manchester United terjejas pabila mereka kalah lawan Barcelona FC untuk Champions League...haha... ^-^

aku tau ni cite lame,saje je....kepada supporter MU jgn blasah aku...haha

baru2 ni aku terbace la post seseorang pasal bola...

ni la intro utk post tersebut!?

"Saya tidak pernah sukakan bola sepak. Bagi saya bola sepak itu adalah sukan yang amat bosan. Kerana bola sebiji mahu berkejar-kejaran di sekeliling padang. Kerana bola sebijik mahu dilayangkan kad merah dan kad kuning, kerana bola sebijik mahu diterbalikkan trak polis, mahu dibakar rumah, mahu bikin kecoh di tengah jalan. Argh..ini gara-gara bola sebijik itu la. Itulah yang dinamakan dengan bola sepak."

(http://lee-yana.blogspot.com/Thursday, May 28, 2009
Bola sepak itu kalau kita gelar sukan untuk gay tidak mengapa kan?)

bace la smpi abis post tersebut...LAWAK!?muahaha

tp bagi aku bola sepak dah ajar aku macam2

1)dgn sukan ni kita dapat la berkenalan dgn ramai member baru

sbg cnth-aku sendiri klau x main bola x de la aku knal bbdk program laen mcm ALUK,ADFP...haha!?

Dalam kitab suci al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 bermaksud: "Wahai umat Manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".

dalam satu team tu mgkan ade macam2 bangsa baik dari yang berwarna cerah hingga lah gelap...yg berambut sampailah yg botak...dan mereka semua saling mengenali..

2)ajar aku untuk menyuarakan pendapat kerana aku suke memekak kat padang!?tapi luar padang...hmm...memekakkah aku!?ntah

3)dgn satu bola tu dapat la kite blaja untuk bekerjasame dapat la kite bersatu...pass sana...pass situ...Football is not a one man show...Its a team sport!?

tapi aku pelik kite kdg2 kite gaduh pasal mende kecik walhal kite juga boleh bersatu kerana mende kecik,huhu...pasal ape?kenapa!?tu kena la pikir sendiri...

'We must learn to agree to disagree'...hah!?apekah??

baru2 ni kau tgk satu cite bersiri Jepun ke Korea..ntah la..tajuk die Change..pasal politik..dalam cite tu hero tu berkata-kata

'We must sit down and look at each other and accept each other differences as everyone is not the same'

lebih kurang camtu la

So,klau ade perbezaan duduk...bawak berbincang...mgkn ade benar cakap org laen...kadang2 kite kena mengalah!?

aku dah merapu dah ni...haha

4)dapat la menjaga kesihatan...berpeluh...bebas dari stress

5)ia juga mengajar aku untuk berakhlak...misalnye klau ade orang x nak pass bola kerana perasan diri hebat hmm mcm diri sendiri je...sabar jela...

aku x nafikan bahawa kadang2 kite gaduh pasal bola...
aku anggap ia satu yang bodoh..haha
tapi Football is about passion...
kerana minat...

Wednesday, May 20, 2009

through a window!?

meja ku di Cendana yang teramatlah bersih dan tersusun...muahaha!?

bak kate seorang sahabat(syadiee) ni lah sebetul-betulnya meja seorang presiden...

kwangx3

selamat tinggal CENDANA!?

Pagi petang
Siang Malam
Di setiap jengkal indahnya, di setiap jengkal buruknya
Akan ku ingati, akan ku tangisi, akan ku gelakkan
Di setiap sudut terangnya, di setiap sudut gelapnya
OH...Selamat Tinggal Cendana!?


Kepada bebudak yanag telah duduk serumah(Din,Taufiq,Syafiq,Asri,Kuwe,Nua...haha)
searas,se laman,se blok dan sekolej(Cendana) ngan aku
x lupe gak yg sekelas!?9m5

aku mohon maaf byk2 klau ade wat salah silap...huhu

Oh!indahnye dunia...lihatlah bagaimana melalui sebuah tingkap;macam2 suasana dapat ditonton
ini baru satu perspektif dan hanya sebahagiaan daripada Dunia yang Maha Kuasa Ciptakan







terokailah duniaNya untuk mendekatiNya!?


all photos were taken through only one window!? different date and time...huhu...







Sunday, April 5, 2009

between the mind and knowledge!?

hatta, ALLAH Yang Maha Genius telah menciptakan makhluk bergelar manusia dengan satu organ iaitu otak...dan yang membezakan antara otak manusia dan haiwan ialah sesuatu yang digelar akal!?
ada apa dengan akal!?

hmm...sebenarnya akal ini tidaklah dapat berfungsi dengan sebaiknya jika tiadalah ilmu diisi!?

Sesungguhnya Allah SWT berfirman dalam Surah al-Alaq ayat Pertama;

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)

Yakni BACAlah itu merujuk kepada??

mencari ilmu!?

Rasulullah SAW juga bersabda;
'menuntu ilmu adalah fardhu ke atas orang Islam,lelaki dan wanita'

Kenapa pentingnya ilmu ini??dan apa kaitan nye dgn akal??

hmm..

begini asalnya ilmu di dalam akal itu hanyalah sedikit-hampir kosong!?(macam gelas kosong/separuh penuh je)

+=
akal kosong+ilmu=akal penuh ilmu
(equation yan mudah kan??)

Oleh itu, kita perlulah mencari ilmu untuk mengisi kekosongan tersebut...

Ingat kah kamu kan kisah Qabil dan Habil,anak-anak Nabi Adam a.s

1)hatta timbullah niat Qabil untuk membunuh adiknya,Habil...Yakni dia tidak tahu bagaimana??
lalu terlihat akan dia dua ekor berunag berkelahi hingga satunya membunuh satu yang lain,maka dari situlah dia belajar/tahu untuk membunuh saudaranya

2)hatta, tidak tahu lah Qabil untuk buat ape dgn mayat adiknya,Habil??...Akhirnya tahu lah dia bagaimana hendak menanam mayat itu setelah melihat burung gagak menanam gagak yang lain.

Apa yang dikatakan disini ialah manusia ini walaupun dianugerahkan akal masih tidak tahu menyelesaikan masalahnya.Manusia dapat selesaikan satu masalah itu apabila akal diisi ilmu pengetahuan!?

Lihatlah semasa kita belajar...
Cuba kalau Cikgu datang masuk kelas pastu cakap;
'OK, saya nak wat test ari ni pasal blax3...'
Maka terkejut beruk la kita semua kerana kita belum belajar lagi topik itu...

Hatta(banyaknye hatta)...

Di dalam Quran juga Allah SWT telah memerintahkan malaikat(hamba Allah yang paling rajin beribadat,patuh segala perintahNya) sujud(tanda penghormatan bukan pengabdian/mengtuhankan)kepada Nabi Adam...Kenapa???

Kerana Adam ada ilmu yang malaikat tiada....itulah keistimewaan ilmu

'adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-oarang yang tidak berilmu
(sama sekali tidak)'
(Az-Zumar:9)

P/S Janganlah lupakan ilmu yang telah dipelajari...Amalkan lah!?....Ilmu yang nak dipelajari itu perlulah imu yang baik...jgn bantai cari ilmu yang bukan-bukan!?

Tuesday, March 31, 2009

mulut ku bukan mulut mu!?

(anda mungkin dah tahu tapi saje ingatkan)


mulut oh mulut!?

renungkanlah samada kita ada tersalah kata terhadap keluarga atau kawan!?

Kadang-kala;
Sesungguhnya kata-kata itu teramatlah tajam sehingga menyebabkab kesan bunyi zreet di dalam hati

*Vibrate*
satu mesej di terima

'if u desire 2 live such that ur religion is safe & ur portion is full & ur honor is sound,guard ur tongue andnever mention other's faults,remembering dat you,urself hav faults and others hav tongues'

-Mesej END-

Kadang-kala;

Kata-kata yang diluahkan akan diingat hinggalah dibawa mati oleh si pendengar!?

lihatlah bagaimana kata-kata para pemimpin terutamanya Rasullulah SAW sentiasa diingati-insyaAllah!?

Rasulullah Saw menerangkan;
Bahawa sesiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah diam.

Imam Syafie menyatakan makna hadis ini;
apabila seorang hendak berkata hendaklah ia berfikir.Bila tiada bahaya terhadapnya maka berkatalah.Jika sebaliknya-ada bahaya maka diamlah!?

Diam yang tepat pada masa adalah sifat-sifat orang-orang besar, dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia

Kadang-kala;

dangerous!?

hujung mata pena atau zaman moden ini jari yang berada di keyboard lebih tajam dari mata pedang!?

'sesungguhnya seorang lelaki yang berkata dengan satu kalimah yang ia fikir tidak ada apa-apa akan terjerumus ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun'
-dari Abu Hurayrah-

Kadang-kala;

kerana mulut badan binasa...
kerana mulut hilang kepala...
kerana mulut kawan terasa...
kerana mulut kita entah kemana...
luka di kaki hanya seketika
luka dihati teramat lah lama untuk diubati...
ingatlah bahawa setiap ucapan kita pasti ada yang mendengar!?

siapa makan cili terasa la pedasnya

maafkanlah diriku ini jika tersalah kata

Tuesday, March 17, 2009

a tale told by the heart!?

To know a person not by their external appearances but through their internal appearances-the HEART!?-shows and tell everything...

Usually we hear about the battle between the brawns against the brains. Not this time you won’t. Have you ever wonder which one is more important, the heart or the brain.

For me, the heart plays more essential role in our life. The brain is the prime minister which give advices where as the heart is the King which decides. To understand and appreciate something such as movies or a song, we use our heart not our brilliant mind.

For example, a person with a low IQ-not stupid! can just easily understand the meaning behind a song just like the one with high intellectual IQ. A person which understand with his/her heart will apply their knowledge in life, because they know it by heart, compared to a person who just use their brain power to memorize it. We do not see someone by his/her brain but through their heart-their good deeds (budi). Although some might like the wit headed person?Huh??Like the Malay sayings: ‘Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati.’

When you are in a relationship, you will see that the heart is very important!

You won’t know about love with your brain but through the heart. That’s why the symbol of love is a heart!? Right…

……. They have hearts wherewith they understand not….

(The Holy Quran Surah al-A’raaf , ayat 179)

This verse shows that for use to understand something we must use our heart!?

Praise Allah The All Knowing

Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI’” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]





(forgive me if i've done wrong)

Sunday, March 8, 2009

The New World....

'Lets go to the New World'
begitulah kate Monkey D Luffy kepada nakama-nakama beliau...sape yg layan One Piece tau la ape aku cakap ni...huhu!?

So, ape kena mengena nye dengan dunia skang...perlukah kite mencari Dunia Baru??
Oh,Tidak!
kerana ianya telah sedia ada...telah tiba,telah hadir,telah datang!?
sewaktu Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islam...
sinar dunia ini kian pudar,malap tapi belum terpadam lagi dan tidak akan terpadam!?
Kita,makhluk bergelar hamba perlu mencari kembali sinar ini,kembali kepada Islam la senang cite!?

Sedar x sedar sebenarnye kite dah berada dalam Dunia Baru ni...lame dah!?
Kenapa???
Kerana Rasullulah SAW telah diutuskan untuk membawa kita ke jalan yg benar,sebenar-benarnye,benar2 belaka..tidak ade yg benar melainkan Islam itu sendiri...kerana ianya datang dari Yang Maha Pencipta...
Sejak itu,kita telah melangkah dari dunia yang penuh dgn kejahilan(Dunia Lama) kepada dunia kebenaran(Dunia Baru)!?

"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

Al-Jumu'ah ayat 2

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.

Al-Ahzaab ayat 45-47

Luffy and nakama2nya terpakse meneroka macam2 masalah+pengembaraan utk masuk New World mereka...Bersyukurlah kerana kita telah berada dan sempat berada dalam Dunia Baru yang telah terbina dgn payah perit Rasullulah dan para sahabat dan pendakwah...Kite pun perlu gak bersusah-susah untuk Islam,pastikan ia sentiasa teratas...Our First PRIORITY!?
Marilah kita kembalikan kegemilangan Dunia Baru ini!?
Takbir!?

Friday, February 20, 2009

stress maknenye...!?

al-kisahnye

sedang kami duduk diam2,mendengar presentation-(akhlak!?)- grup entah ke berapa...

maka aku pun akan skip babak tertentu sehingga yg berkaitan dgn post kali ini saje...muahaha!?

malas benar diriku ini

So,setelah skip punye skip punye lompat..maka akhirnye tiba ke bahagian kesimpulan yang dibuat oleh Kak Long 9m5....Yang menarik perhatian aku,cume satu part je

Mase Kak Long story pasal 'stress'!?-daripada kuyu mate aku terus celik...nyahaha!?
_kebelakangan ni aku asyik dalam keadaan tertekan dan tertindas,bukan salah sesiapa salah tuan punya diri ini_ishx3

Ade ape dgn STRESS!?hmm...
Begini,kite buat satu kerja tu semata-mata kerana Allah SWT-niat keranaNYA...Betul??
Jadi,kalau kita buat sesuatu benda tu kerana Allah mestilah kite SUKA buat benda tu..Betul??

(Benda tu mestilah diredhai Allah,Jgn bantai buat benda x senonoh pastu pi niat kerana Allah,jangan!?)

ape kena-mengena dgn stress kan///
Apabila terjadinya stress ni mulelah badan+otak kite ni tertekan dan tertindas..mulelah rase panas+ganas+marah...So,bila buat satu pekerjaan tu drpd yg kite SUKE jd x berapa suke malah mungkin benci,oleh itu-maka tersimpanglah niat kite!?maka-pekerjaan yg dilakukan bukan krn kerana Allah kerana kita x suke buat benda tersebut malah rase macam terpakse je...ishx3

Kesimpulannya-bila Stress,cepat2 lah beristighfar-berzikir-amik wuduk ke...agar cepat2 kembali tenang agar cepat2 niat kite untuk buat sesuatu pekerjaan tu kembali ke jalan Allah SWT.

Trimas ku ucapkan kepada pembentang2 yang genius yg rela berkongsi ilmu...

Thursday, February 19, 2009

ku bukan batak mu..!?

Hidup ini memang palat tapi esok masih ada!?-KAMI

(Tiada kena-mengena dengan hidupan samada yang masih bernafas atau yang telah ishx3)

Argh!?

Kadang-kadang aku rase macam kuli,kadang-kadang aku rase macam batak...
mungkin begitulah kut istilah kuli batak terhasil!?

Aku cuma ingin menghulurkan segala tenaga utk berjasa,tapi bukan untuk nama
Ku kerahkan daya ku walau tidak terdaya,entah mengapa??
Tapi kau,ku lihat bergembira,kau buat aku macam hamba-macam,hmm..entahlah
Tapi ku hanyalah hamba kepadaNYA sahaja
Kau kata itu,kau kata ini...bla,bla,bla
Kau arah aku ke sini sana..makin berat beban ku terasa
Tapi ku tetap mendengar,tidak mencelah,tidak bercanggah walaupun ku tahu ku mampu

Entah mengapa??
Tidakkah kau memahami,melihat,memikirkan nasib ku ini
Ku tahu itu sifat ku...kau juga tahu itu sifat ku,namun kau eksploitasikannya,diriku ini
kenapa??

Ingatlah,aku juga insan biasa-ada batasan
Dan kau sebagai kawanku perlu mengerti,perlu memahami...Bantulah aku
Janganlah anggap aku ini hamba mu
Kerana ku bukan kuli batak mu!?

-maafkan diriku ini merapu tak menentu hala!?-

kawan biarlah ramai
lawan biarlah jangan

ku tidak memperkatakan sesiapa-tiada niat ku untuk sakitkan hati sesiapa-sekali lagi ku pohon maaf akan salah silap ku-kerana ku juga manusia biasa

Tuesday, February 17, 2009

kaulah yang..!?

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan Yang Satu
Engkaulah Tuhan Yang Satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu..untukmu

(Ramli Sarip)

Sunday, February 8, 2009

kenapa...hmm!?

'Kita kalau nak buat jahat pun janganlah halang orang lain buat baik'
Jaha(Budak Kelantan-Movie)

(Perkara 1)
Kenapa malas sangat ni nak sembahyang?
Kenapa kurang sgt berzikir ni?
Kenapa x bace ayat-ayat suci al-Quran?
Kenapa kurangnye menderma?
Kenapa berat benar punggung nak pergi majlis ilmu/masjid?

(Perkara 2)
Kenapa rajin sangat cakap kosong ngan kawan?
Kenapa suke sgt kutuk,caci,bergosip?
Kenapa boleh bace buku...komik,buku ilmiah?
Kenapa mudah,rase ringan je sgt nak gi Gig,Konsert,Pesta!
Kenapa senang je nak hulur duit nak beli barang?

hmm...

Kenapa kita ade byk mase nak wat Perkara 2 tapi rase x de mase nak wat Perkara 1..
Ye Ke X Cukup Mase???
Ye Ke???
Cuba klau kite kurangkan skit Perkara 2,top-up kan dgn Perkara 1...Ape Jadi??
ha! kan byk je mase...Jengx3...satu formula yg mudah telah terhasil

Kalau dlam hati ade terlintas Perkara 1 ni makna nye hati leh diselamatkan lagi kerana telah ade kesedaran...
cuma perlu ditambah dgn penyokong nye iaitu USAHA!
bak kata pepatah Melayu-Usaha Tangga Kejayaan

Kita perlu buat Perkara 1 ni sampi kita rase IBADAH satu NIKMAT YANG LAZAT...
smpi kita rase Perkara 2 dah x best...
smpi Perkara 1 jd kehidupan kita!?

Friday, January 16, 2009

mampukahku bertahan-WowO!?

Recently,my room is 'berkumanadang' with HUJAN's song-Dugaan Nya!?

i just luv this song...haha...

this song,for me especially,gives many valuable lessons which are...To choose your own destiny!?To make your own decisions!?...Stand Up,Speak Up!?

if you don't...you're gonna regret it 4 life!?

Hey.. don't trust me,trust yourself!?

sometimes i wonder...whether my choice of taking medicine is the right choice...hmm...i do feel good about it,really!?

are you sure!?-of course i am...me monologue with myself

Lirik Lagu Dugaan Nya-Hujan:

Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya


note of advice:

don't make music evil-make it good!?

kalau payah sgt nak wat keputusan lakukan lah solat istikharah,insya-Allah...keputusan yang dibuat adalah yg terbaik

Saturday, January 3, 2009

Pabila Bumi Berkata-Kata!?

wahai manusia,engkau berlari-lari di atas belakangku,tempat kembalimu adalah di dalam perutku

engkau  melakukan maksiat di atas belakangku,engkau akan disiksa di dalam perutku

engkau ketawa di atas belakangku,engkau akan menangis di dalam perutku

engkau bergembira di atas belakangku,engkau akan bersedih di dalam perutku

engkau mengumpulakn harta di atas belakangku,engkau akan menyesal di dalam perutku

engkau memakan yang haram di atas belakangku,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku

engkau sombong di atas belakangku,engkau akan menjadi hina dalam perutku

engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku,engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita

engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku,engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku

engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku,engkau akan menjadi sendirian didalam perutku




ishx3