Thinking about...

Thursday, February 19, 2009

ku bukan batak mu..!?

Hidup ini memang palat tapi esok masih ada!?-KAMI

(Tiada kena-mengena dengan hidupan samada yang masih bernafas atau yang telah ishx3)

Argh!?

Kadang-kadang aku rase macam kuli,kadang-kadang aku rase macam batak...
mungkin begitulah kut istilah kuli batak terhasil!?

Aku cuma ingin menghulurkan segala tenaga utk berjasa,tapi bukan untuk nama
Ku kerahkan daya ku walau tidak terdaya,entah mengapa??
Tapi kau,ku lihat bergembira,kau buat aku macam hamba-macam,hmm..entahlah
Tapi ku hanyalah hamba kepadaNYA sahaja
Kau kata itu,kau kata ini...bla,bla,bla
Kau arah aku ke sini sana..makin berat beban ku terasa
Tapi ku tetap mendengar,tidak mencelah,tidak bercanggah walaupun ku tahu ku mampu

Entah mengapa??
Tidakkah kau memahami,melihat,memikirkan nasib ku ini
Ku tahu itu sifat ku...kau juga tahu itu sifat ku,namun kau eksploitasikannya,diriku ini
kenapa??

Ingatlah,aku juga insan biasa-ada batasan
Dan kau sebagai kawanku perlu mengerti,perlu memahami...Bantulah aku
Janganlah anggap aku ini hamba mu
Kerana ku bukan kuli batak mu!?

-maafkan diriku ini merapu tak menentu hala!?-

kawan biarlah ramai
lawan biarlah jangan

ku tidak memperkatakan sesiapa-tiada niat ku untuk sakitkan hati sesiapa-sekali lagi ku pohon maaf akan salah silap ku-kerana ku juga manusia biasa

6 comments:

Saifullah (Dr.Irina Akma) said...

utk siapakah ini??
hahaha...

pikiran eka terlebih kot...ingatnya..urm... =P

malayneum said...

untuk siapa..!?
hmm...
bak kate Nabil-lu pikirlah sendiri..
huhu..haha..

tapi sebenarnye x menuju kepada sesiapa...

hati ini cuma ingin berkata-kata,meluahkan perasaan semata-mata...

AkMaR said...

Salam...
Memperkatakan ttg siapa kah?

malayneum said...

salam

tidak memperkatakan ttg sesiapa
dan tidak menujukan kepada sesiapa

ini merupakan kisah tentang 'Kawan'

'Kawan' merupakan sesuatu yang aneh tapi best!?

ateeka khamis said...

ini lagu ke kau buat sendiri?

malayneum said...

ade macam lagu ke???

hahaha!?

aku wat sendiri utk meluahkan sesuatu yg telah lame terperap dalam hati