Thinking about...

Sunday, March 8, 2009

The New World....

'Lets go to the New World'
begitulah kate Monkey D Luffy kepada nakama-nakama beliau...sape yg layan One Piece tau la ape aku cakap ni...huhu!?

So, ape kena mengena nye dengan dunia skang...perlukah kite mencari Dunia Baru??
Oh,Tidak!
kerana ianya telah sedia ada...telah tiba,telah hadir,telah datang!?
sewaktu Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islam...
sinar dunia ini kian pudar,malap tapi belum terpadam lagi dan tidak akan terpadam!?
Kita,makhluk bergelar hamba perlu mencari kembali sinar ini,kembali kepada Islam la senang cite!?

Sedar x sedar sebenarnye kite dah berada dalam Dunia Baru ni...lame dah!?
Kenapa???
Kerana Rasullulah SAW telah diutuskan untuk membawa kita ke jalan yg benar,sebenar-benarnye,benar2 belaka..tidak ade yg benar melainkan Islam itu sendiri...kerana ianya datang dari Yang Maha Pencipta...
Sejak itu,kita telah melangkah dari dunia yang penuh dgn kejahilan(Dunia Lama) kepada dunia kebenaran(Dunia Baru)!?

"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

Al-Jumu'ah ayat 2

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.

Al-Ahzaab ayat 45-47

Luffy and nakama2nya terpakse meneroka macam2 masalah+pengembaraan utk masuk New World mereka...Bersyukurlah kerana kita telah berada dan sempat berada dalam Dunia Baru yang telah terbina dgn payah perit Rasullulah dan para sahabat dan pendakwah...Kite pun perlu gak bersusah-susah untuk Islam,pastikan ia sentiasa teratas...Our First PRIORITY!?
Marilah kita kembalikan kegemilangan Dunia Baru ini!?
Takbir!?

No comments: