Thinking about...

Tuesday, May 7, 2013

PASCA PRU13

Salam

Maka berakhirlah sudah PRU13. Hidup perlu diteruskan!

Tahniah Barisan Nasional!


Slogan di saat-saat terakhir mereka IniKari lah,eh silap Lain Kali lah ternyata menjadi juara akhirnya.


Saya tidak akan ulas tentang PRU13 ini panjang lebar. Anda boleh lihat info di alam maya!Banyak ulasan tentangnya dari mereka yang pakar dan kononnya pakar. Saya juga tergolong dalam kononnya pakar.

Tentang helah-helah penipuan yang dikatakan,saya sendiri ada persoalan.Apa betul atau tipu,terpulanglah kepada diri sendiri.

Hanya sebagai peringatan agar Team Dacing Biru menilai diri mereka sendiri-Rebuild Within Yourself/Ourself (saya kira ini slogan yang patut dijaja pasca PRU13) walaupun team anda sudah menang tipis di bawah pimpinan Abang Besar Ah Jib Gor.

Mungkin satu sahaja ulasan saya mengenai terma "Chinese Tsunami" yang diuar-uarkan oleh MP Pekan itu, saya fikir tidak tepat. Kenyataan beliau juga ini amat merisaukan kerana telah timbul sentimen rasis. 

Saya memerhati bahawa kenyataan beliau dilakukan sejurus sahaja Barisan Nasional telah mendapat kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, maka konklusi saya bahawa analisis on-the-spot telah dilakukan. Bukannya analisis secara keseluruhan!!!Bila dikupas anda akan tahu terma "Chinese Tsunami" ini tidak wujud pada PRU13!!!

(Hal ini kerana mereka menyangka bahawa Pakatan 3 Serangkai khususnya Team Roket  telah memenangi banyak kerusi.Saya persoalkan apakah DAP parti untuk Cina,ada calon-calon mereka itu Melayu dan juga India...Sama sahaja jika orang ramai mengsinonimkan BN itu UMNO walhal BN itu UMNO+MCA+MIC dan etc)

Ingat, apabila kita berbicara tentang kemenangan terdapat pelbagai faktornya, maka sama juga dengan kekalahan-banyak faktornya. Bukan satu sahaja!Anda faham apa yang saya cuba katakan?

Saya lihat Pasca PRU13 ini membuatkan ramai yang lebih teliti tentang politik di Malaysia,khususnya orang muda macam saya. Apakah...Erk XD.

Seperti di status MukaBuku saya:

My comment on this GE13 is,well at least the Dewan Rakyat would be strongly check and balance.

P/S Oleh kerana  Barisan National menang,maka eloklah kita buka kembali manifesto Team Dacing Biru agar dapat kita ikuti perkembangan Janji Ditepati.

P/S2 Towards the Betterment of Malaysia! 

No comments: