Umum ketahui bahawa Dato' Onn Jaafar antara pengasas UMNO.
Oleh kerana itu adalah benarnya jika semolek-moleknya beliau diangkat menjadi Presiden pertama persatuan tersebut.
Bagi saya sendiri, Dato' Onn ini berjiwa besar,wawasannya amat jauh. Pemikiran dan pemerhatian beliau melangkau zamannya sendiri. Seperti mana kebanyakan pemikir masa lampau.
Ramai yang tidak tahu,atau mudah lupa kenapa Dato'Onn keluar menyepi dari UMNO.
Saudara Onn ini, merajuk kerana dimatikan oleh ahli-ahli persatuan tersendiri.
Wawasan dan harapan untuk membuka pintu keahlian UMNO kepada semua warganegara Malaya.Terbuka kepada semua kaum.
Apa signifikasinya!apa implikasinya!
Amat besar!Teramat besar!
Waktu itu,waktu yang amat gentir.Pertalian antara kaum amat rapuh.
Dengan membuka pintu ahli, harapan untuk mengintegrasikan dan assimilasi antara kaum terlaksana. Agar proses keseluruhan persahabatan berlaku.
HARAPAN bahawa SATU persatuan besar mewakili nasib,suara dan menjadi juara di mata semua kaum.
Saya kira jika saudara Onn menjadi Perdana Menteri mungkin berlainan jadinya wajah Malaysia ini
Tapi sayang,sejarah tetap sejarah.
Saya bukannya merendah-rendahkan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman,saya akui kebijaksaan dan kepimpinan beliau.Amat kagumi!
Sekian.
Begitulah Onn:KISAH PENDEK!
No comments:
Post a Comment