Thinking about...

Wednesday, December 31, 2008

i choose to be evil!?

al-kisahnye,ade seorang penjahat yang amat2 lah jahat,xpernah kena tangkap....suatu hari dia kena tangkap(jgn tny aku kenapa,bagaimane and so on),masuk penjara ntah kat mane2...mase dalam penjara ttibe terdetik dalam hati 
(merah-si penjahat,hijau-si ustaz)

'Kenapa la aku jahat eh??'
'Tuhan dah jadikan aku cmni kut,ape leh wat'
'i was born evil,perhaps...hmmm!?dalam hati si penjahat tadi

setelah sekian lame lalu die dibebaskan kemudian die ingin mencari jawapan ketika die berada dalam penjara maka berhentilah dirinye di satu surau yg x dpt dikenal pasti lalu bertanye die kepada seorg ustaz...beginilah sesi temubual tersebut

'Yo,PakImam,den ade satu soalan ni'
'Apenye anak muda??'
'den ni jahat sbb den dilahirkan jahat ke sbb mmg den nak jd jahat'
'Sbb anakmude nak jd jahat'kate ustaz dgn coolnye..
'u choose to be evil'tambah ustaz tu lagi
'i choose to be evil???'soal penjahat tadi
'kenapa plak,bukan Tuhan yg nak jdkan den cmni ke??'
'dah berape tahun anak mude wat jahat'tanye ustaz
'sejak form 3 lagi,smpi la skung(47tahun)'
'sepanjang mase tu xpernah kena tgkp'tanye ustaz lg
'skali je,tu pun baru2 ni'
'Hah,tu bukti Tuhan x jdkan ankmude jht;ankmude jd jht mase f3,walhal klau ankmude jahat sejak dilahirkan mestila jahat sejak dari kecik lg kan...dan lihatlah betape lamenye Tuhan berikan mase utk ankmude insaf,kembali ke jalan yg benar..'jwb ustaz
'huk uh,btul gak tu'
'lagi satu,ankmude rase ankmude pernah wat baik x'tanye ustaz lagi
'x kut'
'cube pikir baik2'kate ustaz
'pernah kut,den tolong nenek tua ni angkat brg'
'hah!kan tu bukti Tuhan x jdkan ankmude jht'
'sepanjang mase ankmude jd jht sblumkena tgkp ade rase nak taubat'tny ustaz tu lgi
'x de,den rase'
'ooo,tu la sbb Tuhan beri ankmude kena tgkp,supaya insaf...beri peluang skali lg'jwb ustaz
'ade btul tu ustaz'
'trime kasih ye ustaz,barulah den sedar'
'anak mude perlu bersyukur kerana Allah telah memberi kesempatan utk ankmude berubah'
'alhamdulillah,terima kasih Ya,Allah!'

maka akhirnye,tersedarlah diri si penjahat itu lalu berubah lah dirinye menjadi insan yang berguna ke jalan Allah

konklusi nye...LU PIKIRLAH SENDIRI!?

(segala yg ditulis ini hanyalah rekaan semata-mata bertujuan untuk memberi pengajaran)



Tuesday, December 30, 2008

syukurlah

'Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
Surah al-Tin 95:4

kadang-kadang kite dgr manusia laen mengeluh atau bercerekarama akan nasib mereka yang tak menentu.
kadang-kadang kite sendiri berfikir akan nasib yang telah berlalu,kite bercerita kepada rakan2...lalu mereka pun berfikir akan nasib mereka!?
kadang-kadang aku termenung sejenak memikirkan hal ku di dunia ini,sesekali terfikir juga akan nsib org lain

berbalik kpd topik ku ini [life does not suck if you suck at it]!?...hmmm...!?

ape kejadahnye la mamat ni nak berceloteh!?-mungkin di dlm hatimu berkata-kate-

begini sebenarnye....

pernah x anda terdengar,org ckp dunia ni x adil...kenapa die kaye-aku miskin,kenape aku kena penyakit ni...blax3

KENAPA AKU/WHY ME!?

aku pun x tau kenape kamu...tetapi ade yang tahu iaitu yg Maha Esa,Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijakasana

Begini...

seorang yang buta di zaman ini tidak akan dapat melihat maksiat
seorang yang pekak di zaman ini tidak akan dapat mendengar fitnah,umpatan
seorang yang bisu di zaman ini tidak akan dapat menipu/sebar fitnah
seorang yang kudung di zaman ini tidak akan dapat mencuri/membuat maksiat

wallahualam
begitulah konsepnye...

sering kali kite dgr segala yang berlaku ade hikmahnye...memang betul tidak dapat dinafikan!?
kepada yang sangkal ni cube korang fikir betul2 secara mendalam
kalau sudah di takdirkan begitu,terima sahajalah sebagai ujian...jgnlah salahkan sesiapa
ini bukan salah sperm dan ovum yang disatukan dan melahirkan makhluk bergelar manusia


'Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada)sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?Dan kamu (menyangka pula)tidak akan dikembalikan kepada Kami?'
Surah al-Mu'minun 23:115

P/S bersyukurlah dengan nikmat yang sedia ada kerana ada orang lain yang sedang menderita lebih teruk!

Monday, December 22, 2008

frenz[blackedition]!?

This post is dedicated to the backstabbing-bastards we called friends!?
Have you ever been betrayed
I have, and this is my story
This is a story of betrayal
A story about trust
A story with no happy ending
There was a friend.A friend who I thought was a true friend
We shared secrets
Secrets,Secrets that should not be shared
We promise to keep those secrets to our graves
Yet promises can be broken by betrayal

No one sholud ever knew
But somehow they knew
hmm...how could this happen??
I don't know,maybe just maybe the so called friend told..
hmm...
That was my assumption
(logically by the mind but my heart just won't believe)

I became paranoid-afraid
So, I don't trust no one anymore
As trust can be a deception
Trust can be betrayal

My friend and I are still friends
I'm not telling you to stop believe, to stop trusting
But a little paranoia won't hurt you...(will it??)
haha...
So, be careful when trusting someone.
As betrayal is common in this world

(trust issue is still a problem to me)
Still the wound is starting to heal!?

'maafkanlah aku jika aku tersalah kata'



I thought that I could always count on you,
I thought that nothing could become between us two.
We said as long as we would stick together,
We’d be alright,
We’d be ok.
But I was stupid
And you broke me down
I’ll never be the same again.

I wonder why it always has to hurt,
For every blessing that you have to learn.
I won’t forget what you did to me,
How you showed me things,
I wish I’d never seen.
But I was stupid,
And you broke me down,
I’ll never be the same again.

When the tables turn again,
You’ll remember me my friend,
You’ll be wishing I was there for you.
I’ll be the one you’ll miss the most,
But you’ll only find my ghost.
As time goes by,
You’ll wonder why,
You’re all alone.

So thank you for showing me,
That best friends can not be trusted,
And thank you for lying to me,
Your friendship and good times we had you can have them back.

So thank you, for lying to me,
So thank you, for all the times you let me down
So thank you, for lying to me,
So thank you, your friendship you can have it back

-Simple Plan,Thank You-

Saturday, December 20, 2008

kuasa besar[dihina begitu saje]!?/wira baru dunia

sedang aku berada di kedai berdekatan dgn rumahku terlihat diri ini gambar dan tajuk yang agak menarik di muka depan surat khabar..
'BUSH DIBALING KASUT'...
muahaha..tersenyum sinis aku bagai org gila di depan kedai.
ku teliti lagi cerita tersebut...hmm...begitu mudah sekali,'pemimpin' sebuah 'negara yang diagung-agungkan' dunia dihina begitu sahaja...pelik tapi benar...mungkin inilah mase nye!?mungkin ini baru balasan yg sedikit di dunia ini!?

kepada yang x tau cerita ini,mari diriku ini berceloteh!?

Muntazer al-Zaidi,seorang wartawan telah membaling sepasang kasut ke arah so-called Presiden Bush sewaktu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik

Muntazer menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
(di Iraq membaling kasut kepada seseorang diangkap sebagai satu penghinaan yg besar-klau x silap)

kwangx3...muahaha
-sayang sekali kasut tersebut tidak kena sasaran.tapi kita boleh lihat 'pemimpin' USA tersebut cuak/takut....alahai,baru dgn kasut dah main nyorok2 kat belakang rostum...blum lagi akhirat nnt...taubatlah!?wahai hamba Allah-kembalilah ke jalan yg benar-

kerana itu Muntazer telah ditahan..disoal siasat...dan telah dibelasah...akan didakwa ke mahkamah atas tuduhan menghina pemimpin negara lain dan cubaan menyerang

dikatakn wartawan tersebut pernah diculik oleh anggota militan dan ditahan tentera Amerika Syarikat.Beliau diculik oleh anggota militan tahun lepas ketika bertugas di utara Baghdad, bagaimanapun dibebaskan tanpa diberi sebarang pampasan tiga hari kemudian, selepas stesen televisyen menyiarkan satu rayuan supaya dia dibebaskan.Keluarganya mengesyaki beliau diculik oleh kumpulan Al-Qaeda.Muntazer kemudiannya ditahan oleh tentera AS pada Januari lalu selepas menggeledah kediamannya.Beliau dibebaskan keesokan harinya.

"Dua pengalaman ini yang telah mengakibatkan Muntazer berdendam dengan kehadiran tentera AS di negara ini.

"Dia sangat membenci tindakan AS menceroboh Iraq," kata abangnya Dhirgham.

Insiden ini telah meraih pelbagai reaksi masyarakat global :

1.media KoreaUtara suka Bush dibaling kasut kerana die telah melabelkan negara itu sebagai satu paksi kejahatan-salah satu sebabbye-....hmm,siape sebenarnye yg jahat ni!?hanya Yang Maha Mengetahui saje tahu...

2.Pemimpin Latin persendakan Bush
"Tolonglah, jangan ada sesiapa yang menanggalkan kasut di sini."Dalam cuaca panas sebegini, kalau ada orang yang membuka kasut, kita akan tahu dengan serta-merta kerana baunya," kata Lula(Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva)sambil disambut gelak ketawa wartawan dan ahli politik.-...pengaruh kuasa besar sudah hampir lenyap???...(mayb)...hmmm...mane perginye pemimpin kita..pemimpin2 negara Islam,sudah hilangkah mereka!?atau mereka buat2 buta,membisu x terkata!?

3.hero baru muncul,Muntazer dianggap sebagai wira di dunia Arab,sehinggakan terdapat satu keluarga di Palestin ingin mengahwinkan anak perempuan mereka dgn Muntazer..huhu...-klau ade lg ramai org yg berani akan kebenaran lg bagus!?


-seorang rakyat biasa dapat menaikkan semangat org Islam serata dunia..walhal,dimanakah pemimpin negara Islam...tunduk dan patuh kepada agenda dan propaganda pihak tertentu demi kepentingan diri sahaja!?-hmmm...

"Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (penolong/pelindung) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali (mu)." [TMQ: Ali Imran (3) :28]

rujukan/sumber-Utusan,Metro,Malay Mail,Hizbut Tahrir

Tuesday, December 16, 2008

istimewa buat kaum Hawa!?


Sabda Rasulullah SAW
'Wanita-wanita yang berpakaian tetapi masih bertelanjang,mencenderungkan orang berpaling melihatnya,atau kepalanya berpaling kepada lelaki seperti kepala unta,mereka tidak akan masuk syurga,malah tidak mencium baunya'
(Riwayat Muslim)

Satu sesi temubual antara seorang wartawan dan seorang lelaki untuk menyoal perkara yg tersirat di hati!?

'Yang seksi tu nak?'tanya seorang wartawan sebuah majalah yang agak terkemuka kepada seorang pemuda yang kacak kat shopping complex
'Fuyoo...seksinye,klau dibuat awek ni,masyuk!?'kate pemuda tersebut
'Buat jadi bini x nak'tanye wartawan tu lagi
'Tak nak la...payah la nak di buat jadi isteri'jwb pemuda tersebut dengan spotan
'Awat-nye???'wartawan tu tanye
'Ye la,tu baru remaja lagi...dah pakai pakaian mencolok mata...buat laki menelan air liur...klau dah besar nnt cmne...kan dah susah...klau nanti bile aku kawin ngan die,mesti payah nak nasihatkan die supaya tutup aurat...nanti aku jugak tanggung dosa...takut aku'jwb pemuda td sambil usya orang lalu lalang
'Abis tu ko nak calon bini yg cmne??'tny wartawan tu dgn sungguh2
'Senang je tu....yg x seksi mcm minah tadi...yg tutp aurat'jwb pemuda itu dgn nada serius
Begitulah cite nye...
-Hakikatnye,tiada kaum Adam yang inginkan Hawa yang tidak tutup aurat,jika ada mereka itu hanya memikirkan dunia semata2-

Perbualan antara dua rakan yg mengambil berat terhadap rakan yg laen!?

'Kau nasihatkan lah die supaya pakai tudung'kate si Y
'Dah,aku dah nasihatkan,dah puas aku nasihatkan...'jwb si Q
'Habis tu,die still x nak pakai gak cmne'kate Y
'Ape leh wat,terserah kepada diri die la...kite x leh nak pakse..'jwb si Q
'Apsal x leh nak pakse'tanye si Y
'Sebab kalau kite pakse die pkai tudung x de maknenye nanti,ntah2 niat die salah...die pakai tudung sbb kite suruh..bukan krana perintah Allah!?'jwb Q
'Betul gak tu,abis tu??'balas si Y
'Kite leh nasihat kan die jelah...wat sekadar yg kite mampu. nak atau x nak,terserah kepada tuan punye diri...doakan die moga dapat hidayah dari yg Maha Esa'balas si Q balik
-Kite x leh pakse org utk tutup aurat...cume kite perlu usaha sekadar yg mampu jelah,tuan punye diri perlu tau erti sebenar ISLAM,lepas tu barulah boleh laksana perintah Allah ni secara sendirinye-

Yang ni crite lain plak!?

Pelumba McLaren(Lewis Hamilton)rupa-rupanye kuat cemburu dan tidak sanggup memikirkan begitu ramai lelaki lain yang khayal melihat liuk tubuh Nicole(PussyCatDolls)beraksi di pentas.
"Lewis beberapa kali mengatakan pakaian yang saya gunakan untuk persembahan sepatutnya hanya untuk tatapan matanya"kata Nicole
-dipetik dari Metro 14 Dis 2008-

Saudara bleh lihat di sini bahawa seorang kafir bleh memahami konsep hijab/menutup aurat.So,mmg jelas lah bahawa aurat itu perlu ditutup dan dijaga mengikut ISLAM.Jadi aurat kaum Hawa adalah untuk suaminya bukan untuk kawan laki...boyfriend...kekasih...tunang...tetapi untuk laki yang anda kahwin bergelar SUAMI.

'Kalau kamu nak pakai pakaian x cukup kain ni bleh je...tapi untuk tatapan suami kamu jela...jangan biar laki2 lain tgk aurat kamu!?'kate ustazah aku,lebih kurang la...aku x bape ingat...

Aku menulis hal ini kerana aku sayang kat kaum Hawa especially buat yg aku kenal...kalau terdedah aurat dan seorang laki tgk,maka berdosalah kedua-duanya!?Bagi mereka yang x tutup aurat cuba2 lah utk tutupnya...Buat kaum Adam pun jgn lupe utk tutup aurat!?
Marilah kita mencegah kemungkaran!?

Aku bukanlah manusia yang sempurna cuma ingin menasihati antara manusia!?Kita ini hamba Allah yang mudah lupa.Klau salah sila betulkan!?

INFORMATION ALERT!?

batasan aurat bagi perempuan
dihadapan mahram dan wanita Islam-antara pusat dengan
lutut.
dihadapan lelaki ajnabi,orang fasik dan kafir-semua anggota kecuali muka dan tapak tangan
bersama suami-tiada batasan.

batasan aurat bagi laki-laki

semua golongan-antara pusat dan lutut
bersama isteri-tiada batasan.


(Bace dan hayati Surah An-Nur ayat 31)

Thursday, December 11, 2008

buat mereka yang mencari....!?

kali ini diriku ingin menulis satu tribute buat mereka yang sentiasa mencari dan tak henti2 mencari apa yang kita panggil sebagai....!?hidayah...WATASHI RESPEK SAMA LU

ntah hari ape,ntah mengape mungkin akibat kebuhsanan,diriku ini usha2 la blog sahabat2 ku yg lain lalu terserempak ngan pantun 4 kerat yang berbunyi begini :

hati ini telah mati..
begitu juga dgn otaknya..
can someone help me..
mencari semula hidayah-Nya

hmm..'bagaimana aku nak tolong sahabat aku seorang ini'bermonolog aku dgn skemanya...

lalu...aku pun membalas pantunnye dgn pantun 2 kerat yg x bape mcm pantun :

manusia berlari kesana sini
iman sentiasa berada di hati

kadangkala bertambah berkali-kali
kadangkala berkurang tanpa disedari

hidayah itu perlu dicari
dun give up when searchin

ujian itu sentiasa menanti
utk menguji manusia di bumi

jgn kita lalai same sekali
syurga menanti,di akhirat pasti

insya-Allah
takbir!?

x brape lame kemudian sahabat aku balas kembali dgn pantun yg x bape rupe mcm pantun gak :

aku bukan super, aku bukan setar,
kalo digabungin, aku bukan superstar..

aku ingin terbang, terbang tinggi di awan,
hidayah di cari tapi dimana itu wahai kawan?

kalau terjumpa, segera ku genggam,
tapi akhirnya ia kembali kelam..

aku bukan ikhwan, bukan hisham hasan,
aku hanyalah paan yg takut kesesatan..

tapi kenyataan aku bukan siapa2,
aku hanya ingin diterima di syurga sana..

satu-dua-tiga-GO!,
hilang lagi hidayah-Nya bR0..

dimalam yg sesunyi ini,
aku menangis sendiri..
apakah yang dicari..
aku sendri pun tak pasti..

ku bukan munafiq, ku bukannya fasiq,
ku bukan saudagar yg punya banyak kapal..
ku bukan bangsawan, ku bukan hartawan,
ku hanyalah PAAN yg dahagakan kebenaran..

nama aku paan, aku bukan setan..
semua kesalahan, harapnya di ampunkan..

TAMMAT SUDEYH...

blum tammat lagi,lantas aku pun membalasnye seperti berikut :

Yea...mari berpantun!?

hidayah itu perlu dicari
di mana Ia tidaklah ku ketahui

wahai kawan tidakkah kau mengerti???
ini cuma sebahagiaan ujian yg diberi

kelak hidayah hilang
di mana perlu dicari???
itu hanya Tuhan mengerti
tugas kita cuma mencari
bingkas bangkit cari kembali

itu shj nasihat yg dpt ku beri
sekian saja buat masa kini
moga dpt kite berpantun lagi

sahabatku pun balas kembali :

hukeley, ni pehal pantun smpai 5 kerat nih?! bkn ade 2 ngn 4 je ker?ke aku yg xtaw KOMSAS?!hahaha..

reply:

kau temanku yg baik,
ape kau buat aku tabik,
diriku ini memang pelik,
hidayah-Nya itu mane nak petik?!

biarku usaha saja,
ku tak mahu hatiku terluka,
lebih baik ku cukupkan saja,
usaha mengejar hidayah-Nya..

Jangan kau slalu merasa,
paan ni org yg mulia,
d0sa dibuat tidak terkira,
merasa diriku cukup hina..

ku bukan malaikat,
ku bukannya setan,
ku bukannya hebat,
tuk lawan kejahatan..

aku paan, manusia biasa,
berbuat d0sa, setiap masa,
taubat dipinta di setiap sujudnya,
mencari kembali akan hidayah-Nya?!

terima kasih, hisham b hasan..
kau memang rakan, si ahmad farhan..
apakah erti nya persahabatan..
kalau di situ tiada keberkatan?!

hehehe..

maka habis lah sudeyh sesi berpantun utk mencari hidayah!?...

So,the konklusinye ialah kite perlu sentiasa cari hidayah Allah SWT,jgn putus asa...kalau dah jumpe kite genggam erat2...klau terlepas kembali,kite cari lagi skali hidayah itu...

aku bukan manusia yang sempurna cume ingin mengingati sesama manusia...kerana kite ini hamba yang mudah lupa dan sentiasa lalai!?

P/S -paan jgn marah...aku publish pantun ko ek!?

Tuesday, December 9, 2008

lihat.dengar.rasakan+fikirlah

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah al-Tin 95:4)

Allah SWT telah memberikan kita nikmat pancaindera sebagai kemudahan bagi hambaNya melaksanakan tugas iaitu beribadat kepada Allah Yang Esa

Kita telah dianugerahkan mata untuk melihat keindahan/keistimewaaan alam ini tapi ape yang kite buat...kite tgk maksiat...usha benda x elok-PORN-tgk aurat yang terdedah sane sini...

Kite telah diberi telinga uk mendengar khabar2 gembira..sebaliknye kite dgr penipuan,fitnah,gossip dan sbgainye

Kite telah dijadikan dengan mulut utk berzikir-memuji kebesaranNya...tp kita salahgunakannya utk kutuk org..fitnah+tipu

Kita dianugerahkan otak untuk berfikir dgn akal tapi kita enggan memikirkan keEsaan Allah...kite sibuk pikir hal dunia!?

Cukuplah mukadimah ini...diriku ini ingin berbicara ttg HATI!?...benda ini aku dgr di satu stesen radio yg x ku jangka2-maklumat/info telah ditokok tambah oleh diriku ini-

'Bagaimana anda lihat dunia ini,adakah anda lihat dunia ini seadanya..'
'Anda perlu lihatnya dgn menggunakan hati'
Macam mane???
Kita ambil contoh..ade seorg pemuda senyum-ikhlas!? kat seorg perempuan...tp perempuan tu dlm hati ckp 'eleh,nak tackle aku la tu..tau la aku cantik'...walhal pemuda tu xde niat pun...ini menunjukan hatinye x bape bersih bleh dikatekan busuk la...Kalau perempuan tu hati nye bersih,murni...dlm hati akan berkata'baiknye,pemuda tu senyum kat aku,sedekah'..mungkin dia akan senyum kembali kat pemuda tu

Contoh seterusnya....ade seorg lelaki,Mr.G-ade muke mcm penjenayah- tnye jalan kat seorg pemuda laen,Sir.B...dlm hati Sir.B,'mcm nak rompak aku je mamat ni'...kan dah busuk hati kite ni...mmg la kite perlu berhati2 kerana zaman ini dah x selamat..tp kalau hati kite baik,xde prejudis hati kite x akn berkate cmtu...

Next,seorang gadis berjalan dgn teman nmpk Mr.G ni...dlm hatinye berkate2,'laki ni mcm jahat je'kan dah jelas2 buruk hati si gadis ni

Pernah x hati anda mengalami perkara2 ini...Kalau Ya!...cubalah membersihkan hati dgn istighfar,zikir dan sebagainya...
Ye,x dinafikan syaitan juga mempengarui kite...tp jelaslah iman kite masih x kuat kalau kite masih sentiasa bersangkaan buruk...
Diharapkan kpd sesiapa yg membace dapat memahami...!?
Aku ni bukan manusia yang sempurna,tp hanye ingin mengingati antara manusia...kerana kite sering lupe

'Dan sesungghunya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi)tidak mengerti dengannya,dan bagi mereka yang ada mata(tetapi)tak melihat dengannya,dan bagi mereka ada telinga(tetapi)tak mendengar dengannya.Mereka seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat.Merekalah orang-orang yang lalai.'

(Surah al-A'raaf,ayat 179)