masa zaman dahulu kala ketika diri ku ini mentah dengan dunia yang pentingkan wang, mak saya mengajar saya untuk menabung...
mula-mula
10 sen
pastu 50 sen
naik jadi RM 1.00
dan kadang-kala tersimpan juga duit kertas berwarna merah...
mak saya pesan sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
kawan saya pula berkata perlahan-perlahan kayuh...
Oh,rindunya zaman kanak-kanak dulu...
Ini merupakan kisah para pelajar yang ditaja...
hendak dipendekkan cerita.
bila hendak mula awal semester baru sahaja, mulalah orang tanya biasiswa dah masuk atau belum?
Bila belum masuk (Pre-duit scholar masuk)
kita maki-hamun penaja...(saya mengaku,saya juga kadang-kala begitu)
tapi
kadang-kala
saya pun hairan?
duit yang lepas-lepas sudah habiskah?
bagi saya bukannya sedikit duit yang diberikan...
sekali lagi Alhamdulillah!
Satu persoalan
biasanya mereka yang mendapat biasiswa ini akan hidup di perantauan.
jadi seharusnya perlulah berjimat-cermat....
sebab bagi golongan yang ingin menerbangkan diri mereka ke negara lain.Negara yang terletak nun jauh dari keluarga.Insya-Allah akan tercapai.Amin!
So,mungkin agak sukar untuk dapat bantuan financial jika duit sudah abes...
Jadi kalau tak mampu mengawal perbelanjaan di sini...
Adakah mampu mereka ber-saving di sana?
Itu sahaja...
Post-duit scholar masuk
Semua ucap alhamdullilah dan terima kasih kepada penaja!
1 comment:
bagus2
Post a Comment