Thinking about...
Tuesday, November 25, 2008
syahid!?
ku lihat di kaca TV,di dalam surat khabar...manusia yg ingin bunuh diri,dah x syg nyawe ke?...ishx3...kesian ku lihat mereka ini...mereka nak nunuh diri atas dasar cinta,alahai cinta yg entah kemana...
Siapa kita ni yg nak hendak bunuh diri...walhal nyawa itu bukan milik kita,milik ALLAH semata-mata..ALLAH yang telah kurniakannya kpd kita..tp ape kita buat dgn nye?sia-sia kan nyawa kita... (bnuh diri,amik dadah,hisap gam and so on) tu sbb dlm ISLAM di haramkan bunuh diri dan buat perkara yg memudaratkan diri!? klau manusia2 ni sedar ttg hal ni x kan terjadi perkare2 ni...klaulah manusia sedar akan keindahan ISLAM seperti dulu...
Teringat aku kisah2 mase zaman Rasulullah SAW dan para sahabat...mereka hidup dan mati atas dasar memperjuangkan ISLAM...mengejar syahid...Oh..indahnya ketika dulu..
Adakah kau lupa!?
Berkorban ape saje demi ISLAM..Cthnye Siti Khadijah & Abu Bakar As-Siddiq yg menyalurkan harta mereka utk Islam semata-mata...Bilal sanggup dihempap batu besar,dijemur dtgh panas drpd menyekutukan Allah...sanggup berjihad ke jalan Allah..maksud jihad x semestinye angkat senjata,berani mati dgn bom n blax3...x terdaye den...kite jihad sekadar yg kite mampu...Buat mase skang ni kite cube jihad menentang nafsu n syaitan...Marilah bersame2 menyahut cabaran ini!?
Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan "Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup."
Zaman sekarang ini kita sudah lupakan Tuhan,kita agung2 kekasih kita..sampai tahap x syg nyawa...walhal die cume makhluk ciptaan ALLAH...kite sebenarnye makin terpisah dgn kekasih sebenar kita iaitu ALLAH SWT...Allah x pernah membenci kita..ALLAH x pernah lupakan kita...Hanya kita shj yg sering lupe atau buat2 lupe
Aku ni bukannye org yg sempurna tp ini hanye peringatan kpd sume hamba Allah...marilah kita berusaha same2 menilai semula kehidupan kita...pegang balik asas2 Islam dan kukuhkannya
TAKBIR!?
Saturday, November 8, 2008
chentaku!?
Apabila kita mendapat ilmu yang bermanfaat maka tukarlah perspektif pemikiran kita.!?
Dahulunya,aku juga berteriak 'Hidup Melayu!'Tapi sekarang tidak lagi,bukannya aku tidak sayang akan bangsaku.Sayang sangat,aku pun nak lihat bangsaku maju.Maju bersama-sama bangsa lain .Itu sahaja yang aku harapkan.Tapi diriku rasakan perjuangan itu tidak lagi relevan.Cintaku terhadap Islam lebih dalam daripada bangsaku.Aku lihat sana,sini gaduh.Kaum yang ni gaduh dengan bangsa tu.Racist!?Apa gunanye!?-Ade bawa ke arah kebaikan-TIDAK!Jadi mengapa kita racist,mengapa perlu assabiyyah!?Ini semua hanyalah propaganda pihak tertentu.Jauhilah segala bentuk assabiyyah-rasisme,nationalisme/wataniah!?
Adakah kau lupa bagaimana Islam mentadbir dulu.Ya,Islam pernah menguasai dunia satu masa dahulu.Semua bangsa hidup dalam keadaan yang aman dan adil.Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom,
Indahnya di waktu itu.Kalau boleh diriku ini ingin hidup di zaman itu.Tapi ALLAH menghidupkan aku di zaman ini.ALLAH MAHA MENGETAHUI.Kita boleh lihat bagaimana racun nasionalisme dan patriotisme yang menular dalam badan, maka muncullah perjuangan untuk memerdekakan diri sebagai satu bangsa bagi menubuhkan negara sendiri yakni negara yang berdiri atas asas bangsa.Cth,Turki!?
Mari kita lihat kenapa assabiyyah(rasisme/nationalisme/wataniah)tidak dibenarkan dalam Islam.
Sabda Rasullullah SAW,
bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah berperang atas dasar assabiyyah dan mati(mempertahanka)assabiyyah
Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, wahai kaum muslimin,ingatlah kalian kepada Allah,ingatlah kalian kepada Allah!Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah,padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian.Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam,memuliakan kalian dengannya,memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian,menyelamatkan kalian darikekafiran dan satukan hati kalian..Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain.
Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal,enkau anak orang hitam.Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, 'engkau sudah melampau wahai Abu Dzar.Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibuyang hitam' Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya
Saudara/saudari
Cintailah Islam.Takbir.Marilah kita bernaung di bawah satu kalimah.SYAHADAH!