Thinking about...

Thursday, June 21, 2012

timbul tenggelam...

salam.

satu persoalan terkapai-kapai di akal, buah fikiran ini sudah lama tersadai di persisiran cuma sekali-sekala ia berenang kembali secara bertenaga.

mungkin hakikatnya tiada jawapan kepada soalan ini,cuma pengajaran dan makna yang tidaklah tersirat mana,sama seperti kebanyakan soalan-soalan.

persoalan pada malam ini ialah apakah kesenangan dunia ini telah berjaya melumpuhkan semangat kita?

kita ini mudah benar mengeluh tatkala nikmat-nikmat kesenangan ini ditarik

misalnya air,cahaya lampu dan juga jamban cangkung

saat-saat inilah baru kita hendak bersyukur,bukankah ertinya sebelum ini sudah kufur nikmat kita ini?

kita mengeluh tidak mahu menelaah,alasannya malas,tiada mood.
sedarlah di satu sudut ada orang yang dalam serba-serbi kekurangan,tiada internetnya malahan dalam mereka dalam zon perang tidak pun berstatus pelarian dan mereka inilah yang rajin,bersemangat menelaah.

mereka sedar kepentingan membantu ummah.

kita bila lagi?

hendak sentiada timbul tenggelam,timbul tenggelamkah?

ku pilih berilah kesusahan jika ujian kesenangan ini amat mudah melalaikan.