siapa yang sedang belajar dalam satu-satu bidang diminati/tidak, sudah pasti mereka ini tidak mahu gagal dalam usaha untuk berjaya dalam bidang yang bakal diceburi.
di saat-saat peperiksaan menjelang...
detik masa tetap berlalu...laju
mereka ini berlelah nafas,membuka mata menahan nodaan bantal,berlapar kerana mengisi minda dengan ilmu.
mereka ini ingin mengecapi kelulusan yang baik. 'A' jika boleh 'A++'
tiadalah niat ingin gagal.
percayalah.
beban seorang pelajar itu amat berat.
(beban keluarga pelajar itu juga amat berat)
ketahuilah bahawa mereka ini telah bersungguh,tapi jika tiada rezeki maka tiadalah kerana semuanya ALLAH SWT yang tentukan.
keputusan yang diperolehi tiada se-gah mana,hanya lulus.sekadar cukup-cukup makan sahaja
malu jua dengan keluarga...
tapi apakan daya,yang penting usaha sudah dilaksana. =)
STRESS!