Thinking about...

Wednesday, March 23, 2011

SPM.end.

kepada sesiapa yang terguris hati membaca post ini saya mohon maaf terlebih dahulu.

sedang ber-FB,lalu ternampak status FB sahabat lama yang saya kira paling mantap iaitu

'
straight A???...lek lu...jauh lg perjalanan korang...masuk 'U' t bru kredibiliti korang diuji btul2...jgn igt xde bdk straight A result hancur kt U..bersepah2 bang'

dipetik dari Abdul Halim Bin Rosly



Wah!

keputusan SPM.

anda dapat keputusan yang gempak?

Tahniah!

ber-enjoy lah buat seketika.

nasihat aku,lepas 2 minggu,anda lupakan sahajalah keputusan anda itu.dah tidak bermakna dah.

tapi ingat perjalanan anda tidak berhenti di sini

buat yang tidak berapa gempak macam diri ku ini,

tidak mengapa masa depan itu cerah lagi.
SPM bukan penentu nya.

Yang penting jiwa kita kena kental dan ingat kepada Allah SWT yang bahawa DIA telah merancang perjalanan hidup kita.


intipati post ini semua ada dalam status tu.

ini pengalaman sebenar. saya sendiri pun menghadapi kesukaran belajar di U 'International Medical University' dan juga di Pre U 'INTEC'

sekian.

P/S Tahniah Sains Tunku Munawir SASER

Tuesday, March 22, 2011

sedih.sebak.sayu



khas buat mereka yang telah pergi.

pagi yang sayu,

hujan gerimis.

entah kenapa.

sebak di dada.

melihat foto,mengenang puisi kenangan

nyawa kita memang rapuh.

sekelip mata sahaja kita boleh meninggalkan dunia ini.

Roh kembali kepada-NYA, yang hakiki.

semoga segala nyawa yang telah kembali ke Rahmatullah sejahtera belaka.

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT; Mohd Ishak Mustapha Kamal

walaupun dapat kenal begitu-begitu sahaja,tapi melihat wajahnya yang tenang mengimbau kenangan.


Amin.

Thursday, March 3, 2011

lepas keluar dari masjid/surau...!?

salam...

bukanlah spesifik lepas keluar dari masjid atau surau...

tapi selepas melakukan ibadah;contohnya solat,baca quran...

secara peribadi bagi aku...

kita akan teramatlah tenang,masalah-masalah yang ada;tension & stress...akan hilang

memang ada perbezaannya...sebelum dan selepas...

kadang-kadang,kita boleh nampak di wajah setiap insan yang ke masjid/surau.

sebelum;muka stress je.tak senyum pun,bila kita tengok pun meluat,buat kita tension juga,

tapi selepas;muka gembira,senyum.bila kita tengok pun kita gembira.I like!

pastu mungkin lepas 2-3 jam masalah-masalah akan datang la balik...biasalah dugaan!

tapi tidak mengapa,kerana ibadah itu dapat dibuat bila-bila...

maka,bila kita stress atau tension...

Ingatlah Tuhan kita kembali yakni Allah,kembalilah kepadaNYA,doalah kepadaNYA,mohonlah kepadaNYA.

DIA MAHA KUASA, pemberi inspirasi...

Allah Maha Besar!

sekian.